[Gempar] Jeon Mi Sun ditemui mati di dalam sebuah hotel, dipercayai kerana membunuh diri

Pelakon Jeon Mi Sun ditemui mati di dalam sebuah hotel yang didiaminya di Jeonju, Selatan Jeolla pada jam 11.45 am (10.45 am waktu Malaysia) pagi tadi.

Polis yang menerima panggilan 911 sebelum itu terus segera bergegas ke hotel tersebut sebelum menemui Jeon Mi Sun tidak lagi bernyawa di dalam bilik mandi (Sumber yna baru membetulkan ralat laporannya: aktres ini ditemui mati di dalam bilik mandi saja, bukan ditemui mati terbaring di dalam laporan sebelum ini). Jeon Mi Sun sedang mendiami hotel tersebut untuk tiga hari dua malam dalam persediaan untuk membuat persembahan di Jeonju. Sementara itu, BoeS Entertainment yang mewakili mendiang cuba mengesahkan punca kematian tersebut dengan pihak polis sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

Jeon Min Sun merupakan pelakon veteran yang agak popular dan sering membawa watak pembantu. Antara watak lakonannya yang dikenangi termasuklah sebagai bomoh yang ditakuti di dalam KBS Moon Embraces The Sun serta watak-watak pembantu di dalam KBS Love In The Moonlight, tvN Chicago Typewriter dan sebagainya.  Lakonan terakhirnya adalah menerusi drama tvN He is Psychometric yang telah ditayangkan pada awal tahun ini dan filem The King’s Letter yang akan menjengah layar perak tak lama lagi.

Sumber: insight , yonhap news

loading...