Lee Min Ho disatukan semula dengan penulis skrip SBS Heirs sebagai maharaja pula di dalam drama siri terbaru

Selepas ura-ura tentang Kim Eun Sook, penulis skrip (“KBS Descendants of The Sun”,”tvN Goblin”,”tvN Mr SunShine”, “SBS Secret Garden”,”SBS Heirs”) sedang merancang untuk menulis projek drama terbarunya, kali ini Lee Min Ho yang baru selesai menjalani latihan ketenteraan pula diberitakan telah ditawarkan watak utama di dalam drama bersiri terbaru nukilan penulis skrip paling popular di Korea itu yang diberikan tajuk sebagai “The King : Eternity of Monarch”.

Lee Min Ho akan memegang watak sebagai maharaja Yigon yang menjualkan dirinya kepada syaitan untuk kekal berkuasa. Syaitan tersebut membuka dunia dari dimensi yang berbeza dan Yigon akan menyelinap masuk ke dunia dimensinya untuk menyamar dirinya yang lagi satu. Dunia dimensi tersebut dikatakan lebih baik berbanding dunia sebenar yang dialaminya.

Ini merupakan drama kedua lakonan Lee Min Ho bersama penulis skrip Kim Eun Sook setelah kedua-duanya mencetuskan fenomena ‘Kim Tan’ tak lama dulu di dalam drama SBS Heirs dengan gambaran anak orang kaya yang ‘spoiled brat’ tetapi menaruh hatinya pada kekasih daripada kalangan orang miskin. Manakala, Kim Eun Sook merupakan penulis pertama yang memenangi daesang (populariti) di anugerah berprestij, Baeksang Art Awards. Beliau dikenali penulis yang suka memainkan romantik ‘chessy’ berlebihan dibantu dengan visual yang cantik bagi menggambarkan situasi tersebut. Konsep penulisan beliau sangat mudah difahami. Beliau pernah memenangi anugerah Best Screenplay menerusi SBS Secret Garden dan SBS Lovers in Paris serta beberapa kali tercalon menerusi karya-karyanya yang hit seperti KBS Descendant of The Sun, tvN Goblin, SBS Heirs dan tvN Mr. Sunshine. tvN Mr. Sunshine dikritik antara drama terbaik nukilan beliau memaparkan tentang perjuangan menentang penjajahan Jepun ke atas Korea dan mendapat pencalonan yang banyak di dalam 55th Baeksang Art Awards dan 7th CARI Kdrama Awards yang lalu. Beliau juga antara penulis skrip yang membuatkan pelakon-pelakon utamanya memenangi ‘Best Actor’ di dalam Baeksang Art Awards dan CARI Kdrama Awards seperti yang berlaku pada Gong Yoo (tvN Goblin) dan Lee Byung Hun (tvN Mr Sunshine).

“The King : Eternity of Monarch” yang belum mendapat slot tayangan di mana-mana cenel lagi bakal diarahkan oleh Bae Sang Hoon, pengarah kedua KBS Descendants of The Sun,dan juga pengarah KBS Moonlight Drawn by Clouds setelah tiga kali berturut-turut bekerjasama dengan PD Lee Eun Book sebelum ini. Drama ini dirancangkan tayangannya menjelang awal tahun hadapan.

Sumber: IS Plus , news1

loading...