Selain BTS dan Blackpink, tampaknya kumpulan kpop perempuan tersebar di Asia ini juga mengambil langkah untuk menurunkan single terbaru mereka berjudul ‘Fancy’ sekaligus menggembirakan sebilangan peminat mereka yang tak sabar menantikan kemunculan mereka semula.
JYP Entertainment bertindak mengeluarkan video klip ‘Fancy’ sejam yang lalu serentak dengan sidang media yang diadakan oleh TWICE sebelum single itu mula menular di media sosial sebentar tadi. Rata-rata netizen mengagumi visual yang dipaparkan seolah-olah seperti ‘fairy tales’ dengan tona warna yang pelbagai.
Menurut sidang media tadi, ‘Fancy’ merupakan sebuah naskah ‘melo’ yang didukungi dengan rentak tarian pop. Dengan berbekalkan MV yang mengacam dan bunyi seruling yang mengasyikkan, ‘Fancy’ menyerlahkan lagi keunikan persembahan yang penuh bertenaga daripada mereka dibuat untuk peminat mereka.
Selain single ‘Fancy’, TWICE juga melancarkan album terbaru mereka berjudul “Fancy You” bermula hari ini, 22 April 2019 dan mengumumkan konsert jelajah secara rasmi di seluruh rantau Asia termasuklah Malaysia.
Sumber: sport seoul