Korean Lifestyle Road Show kini Kembali!!

 

Korean Lifestyle Road Show ini adalah satu event yang akan memperkenalkan Korea kepada Malaysia. Dimana pihak penganjur akan menyediakan berbagai acara untuk berkongsi dan memperkenalkan budaya tradisional dan budaya terkini Korea selatan.

Semasa acara ini berlangsung selama dua hari, mereka akan memperkenalkan juga makanan, budaya, hasil seni dan juga persembahan ‘Hallyu’ yang terkini. Pengunjung boleh bersama-sama datang dan memeriahkan acara ini secara percuma.

Kali ini mereka menambah satu lagi slot, iaitu ‘kecantikan’. Dimana di dalam slot ini semua perkara mengenai kecantikan akan dikongsi. Mereka akan berkongsi mengenai kecantikan solekan, kulit dan penampilan artis Korea yang selalu kita lihat di dalam kaca television. Kepada pengunjung bertuah pada hari itu akan diberikan ‘goodies bag’ barangan solekan terkenal Korea seperti Tony Moly, Karmart, Acai Preto, Kioda, dan Miseoul.

‘Korean Lifestyle Road Show’ akan diadakan di Berjaya Times Square pada 22 dan 23 April 2016 (Sabtu dan Ahad). Antara acara yang akan diadakan sepanjang dua hari itu adalah :

-Tarian Kpop (K-Pop cover dance)
-Pertunjukan secara berdepan budaya tradisional Korea
-Berpeluang mencuba memakai Korean Hanbok (Pakaian traditional Korean)
-Berpeluang mencuba makanan terkenal Korea seperti Korean street food
-Mencuba K-Beauty dan K-Snacks secara percuma

Ini adalah antara aktiviti yang dijalankan sepanjang ‘Korean Lifestyle Road Show’ tahun lepas :

loading...