Semalam, SBS Fun E melaporkan bahawa seorang wanita ‘A’ telah membuat aduan dengan peguam yang mengendalikan skandal seks Jung Joon Young bahawa dia pernah dirogol beramai-ramai lebih daripada orang lelaki termasuklah Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon, bekas ahli FT Islands di dalam satu kejadian berlaku sewaktu majlis pertemuan bersama peminat dengan Jung Joon Young pada sekitar Mac 2016.
Pada pagi selepas kejadian ‘rogol’ tersebut, dia bangun dalam keadaan bogel dan ingatan yang pudar-pudar dengan diamati oleh Choi Joong Hoon bersebelahan yang sempat menanyakan samada dia boleh melakukan seks sekali lagi sambil selebriti itu acah-acah menyembunyikan ‘panties’ miliknya. Mungkin merasakan diri telah dicabul kehormatannya, A terus meninggalkan hotel tersebut dan menghubungi Jung Joon Young keesokan harinya samada mereka pernah merakam perbuatan memalukan itu. A yang merasakan dirinya telah diugut tak jadi membuat laporan sehinggalah selepas skandal Jung Joon Young tertular, barulah A ada keberanian untuk menghubungi peguam mengendalikan kes berkenaan pada tiga tahun kemudian.
Hari ini, wanita lain diberikan nama sebagai ‘B’ pula turut membuat dakwaan serupa pernah dirogol beramai-ramai oleh pelaku-pelaku yang sama dalam satu kejadian lain, menurut laporan 8 O’Clock SBS sebentar tadi. B menyatakan bahawa dia pernah dijemput di dalam satu pertemuan dengan ahli-ahli ‘chatrooms’ tersebut termasuklah Seungri, Roy Kim, dan Yoo In Suk (CEO Yuri Holdings).
“Saya tak kenal lelaki-lelaki itu kerana kami pergi beramai-ramai bersama kawan perempuan tanpa rasa bimbang ,” katanya. Namun, B yang tak menyedari apa berlaku selepas malam kejadian itu kerana mungkin mabuk teruk, mendapati dirinya bogel pada keesokan harinya dengan bertemankan gadis-gadis lain yang turut berhadapan dengan pengalaman yang serupa. Kawannya sempat memarahi B yang masih redam tak tahu apa terjadi selama lebih kurang 30 minit.
Pada tiga tahun kemudian, B baru menyedari kejadian rogol ke atasnya telah dirakam oleh seseorang dinamakan sebagai Encik Kim dengan bersaksikan Jung Joon Young, Choi Jong Hoon dan lain-lain. Polis dilaporkan telah mendapatkan bukti video rakaman tersebut dan akan menyiasat samada Encik Kim pernah menggunakan dadah bagi membuatkan B tak sedar diri. Ditanya samada Seungri turut bersubahat, Seungri berkata, ” Saya tak mengingati apa yang berlaku kerana ia telah lama berlaku.”
Sumber: SBS News (insight) , SBS Fun E (OSEN)