Demi Lee Sun Bin, Song Seung Hun tekad menjadi ahli politik semula di dalam tvN ‘The Great Show’

Song Seung Hun akan kembali semula memeriahkan industri drama korea dengan projek drama terbaru terbitan tvN berjudul ‘The Great Show’ yang bakal digandingkan bersama dengan pelakon Lee Sun Bin, buah hati bintang Running Man, Lee Kwang Soo. Kedua-dua mereka masih menimbangkan tawaran lakonan secara positif.

Song Seung Hun akan memegang watak sebagai bekas wakil rakyat (ahli parlimen) bernama Wie Dae Han yang bergelut untuk menjadi ahli politik yang berkarisma dan disegani ramai meskipun seorang yang materialistik. Pada usia 32 tahun, beliau telah bertanding dalam pilihanraya ke-20 Korea Selatan atas tiket mewakili generasi muda. Keupayaan beliau memenangi hati rakyat di kawasannya dengan lidah yang pandai berkata-kata telah menyebabkan beliau menang. Hasilnya, populariti beliau mencanak naik dan disebut-sebut sebagai calon presiden korea di masa akan datang. Namun, mungkin sesuatu telah berlaku menyebabkan beliau kecundang dan gagal mengekalkan kerusi parlimen dipegangnya. Akibatnya, Wie Dae Han terpaksa menjalani hidup sebagai rakyat biasa, dikelilingi dengan tiga beradik dan jiran yang bermasalah. Kehadiran wanita (dilakonkan oleh Lee Sun Bin) dalam hidupnya yang berminat dalam hal-hal politik telah membuatkan Wie Dae Han bangkit semula.

tvN ‘The Great Show’ merupakan sebuah drama bertemakan kekeluargaan tapi disadurkan dengan elemen satira politik. Ia bakal mendapat arahan sutradara Shin Yong Hwi dan ditulis oleh Sul Joon Suk (“KBS Ad Genius Lee Tae Bak”). Drama ini akan disiarkan pada pertengahan tahun 2019 hadapan.

Sumber: IS Plus, tv report

loading...