[INFO] Garis panduan penyiaran televisyen terbaru korea cetuskan kontroversi

Pernahkah pembaca mengalami kesukaran untuk membezakan artis Korea terutamanya penyanyi-penyanyi Kpop? Ini sememangnya masalah utama penulis. Terutama untuk mengenali artis-artis baru. Penulis mengambil masa untuk mengecam siapa mereka dan dari kumpulan mana. Begitu mirip antara satu sama lain. Dalam bahasa kasarnya, sepesen ataupun seolah-olah di fotostat betul mereka ini. Bermata bundar, dagu runcing, kurus dan berkaki panjang seolah-olah menjadi ciri-ciri utama bagi bintang Kpop ini. Ini seolah-olah menjadikan dunia hiburan seperti kilang yang menghasilkan prototaip yang sama. Sekali gus, menjadi dambaan para belia.

Rupa-rupanya, perkara ini bukan di alami oleh penulis sahaja. Malah, ia mencetuskan kerisauan kepada kerajaan Korea Selatan. Untuk mengurangkan pengaruh kecantikan dalam kalangan penduduk mereka, kerajaan Korea Selatan berusaha mengurangkan penampilan bintang-bintang yang bagi mereka, memiliki rupa yang terlalu mirip.

Kementerian Kesaksamaan Jantina dan Keluarga Korea Selatan, telah menyiarkan satu garis panduan baru khusus untuk penontonan televisyen. Garis panduan ini mewujudkan satu perenggan khas yang menyatakan bahawa, mengurangkan waktu siaran penyanyi-penyanyi idol kerana beranggapan mereka terlalu mirip antara satu sama lain. Sekali gus, memperlihatkan tahap piawaian kecantikan yang sangat rigid dalam kalangan belia. Mereka menjelaskan kebanyakan idol bersifat kurus, memiliki gaya rambut dan solekan yang hampir sama malah memakai pakaian yang terlalu memperlihatkan badan mereka.

Walaupun begitu, garis panduan menerima kritikan  yang amat hebat dari pelbagai pihak termasuklah pihak pembangkang. Ini menyebabkan kementerian terbabit telah memohon maaf kerana telah mencetuskan suatu kebimbangan yang tidak sepatutnya. Bahkan mereka berjanji akan mengkaji lagi dan membuang mana-mana bahagian yang tidak berpatutan.

Apa pula pandangan pembaca semua mengenai isu ini?

Sumber: Korea Times ; The New York Times  

loading...