Bagaikan tsunami melanda Pavilion, peminat berkerumun masuk menyaksikan Seventeen

Antara kumpulan kpop paling banyak peminat di Malaysia, Seventeen sekali lagi turun padang ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk bertemu dengan peminat yang digelar sebagai Carats bagi sesi dinamakan sebagai pertemuan bersama peminat.

Menurut video yang dirakam oleh seorang instagrammer bernama Janet Low, sebaik saja pintu dibuka, kelihatan beramai-ramai pelusuk manusia masuk membanjiri Pavilion baik yang datang pintu hadapan sehinggalah yang turun ke anak tangga. Kapsyen itu tertulis, “The power of kpop group” sehingga menjadi tular dan menjadi sebutan netizen.  Siapa sangka Seventeen mampu ‘menggoda’ ribuan orang ramai semata-mata datang untuk menyaksikan mereka. Seventeen didapati agak sedikit lewat dan menimbulkan tanda tanya peminat samada mereka sudah mula mengikuti amalan masyarakat Malaysia iaitu suka datang lewat ke suatu majlis yang sudah dijanjikan waktunya.

Dalam sesi pertemuan bersama peminat semalam, Wonwoo mengejutkan peminat apabila dia sendiri mengaku menyukai durian manakala yang lain-lain pula menyatakan nasi lemak sebagai juadah yang ingin dicuba oleh mereka. Mereka juga dilaporkan sudah merasai juadah ketam bercili yang dihidangkan sebelum mereka tiba ke sini. Bagi memenuhi tuntutan peminat selanjutnya, Dokyeom dan Mingyu kemudiannya berkata, ‘Aku cinta padamu’ pada hadirin sebelum disambut dengan jeritan kuat. Majlis berakhir dengan tandatangan idol-idol dilorekkan ke atas kepingan salinan cetak ‘Saem’ masing-masing.

Majlis ‘fansign’ ini ditaja oleh the SAEM dengan sokongan Playup Advance bertempat di Pavilion, Kuala Lumpur pada jam 3.00 pm, hari Sabtu 16 Februari 2019.

Sumber: Saem , Pledis Entertainment, Instagram Janet Low

loading...