Poster rasmi ” tvN He Is Psychometric ” memukau perhatian netizen

TVN telah memulakan promosi drama terbaru “He Is Pyschometric”. Mereka menerbitkan  poster watak 4 teraju utama dan pasangan hero dan heroin. Para pelakon terdiri daripada Jinyoung dari Got7, Shin Ye Eun, Kim Kwon dan bekas ahli Sistar, Dasom.

Baca lagi : https://kmania.info/2018/12/06/jinyoung-got7-sebagai-pasangan-kekasih-shin-ye-eun-di-dalam-tvn-that-psychometric-guy/

Drama ini mengisahkan Yi An  yang mempunyai kuasa membaca rahsia seseorang hanya dengan sentuhan. Manakala heroin , Jae In pula mempunyai rahsianya tersendiri. Poster watak berkenaan menampilkan kesemua watak menghulurkan tangan mereka. Yi An (Jinyoung) menyatakan “Apa pendapat anda? Saya cukup meyakinkan sebagai psikometrik bukan “? menampikan sisi  watak seorang yang berkeyakinan tinggi. Poster dengan watak Jae In  ( Shin Ye Eun) pula tertulis, “Saya mahu anda membongkar apa yang saya rahsiakan” dengan pandangan yang agak sinis.

Watak yang dipegang oleh Kim Kwon adalah sebagai pendakwaraya yang bernama Kang Sung Mo. Dia  menganggap Yi An sebagai adiknya sendiri. Posternya tertulis, “Anda akan berjaya sebagai psikometrik Korea yang pertama. Dasom pula memegang watak Ji Soo seorang detektif yang menyatakan ” Jangan ragu dengan kebolehan anda, saya akan bantu anda”

Video teaser drama turut juga dikeluarkan sebelum ini yang menunjukkan hubungan romantis Yi An dan Jae In.

Episod khas ( Episod 0 ) akan ke udara di saluran TVN pada 4 Mac 2019 selepas “The Crowned Clown” tamat. Episod pertama akan bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa bermula pada 11 Mac 2019.

Sumber : TVN

loading...