6 K-Drama Terbaru Akan Menemani Hari-Hari Korang Sepanjang September 2026 Ini

Annyeong, chinguyaa~

September is here, dan pastinya peminat K-drama sudah mula tertanya-tanya, drama apa pula yang bakal mengisi watchlist bulan ini? Daripada kisah romantik yang menggetarkan hati, komedi yang menghiburkan hinggalah thriller penuh misteri dan debaran, September 2026 hadir dengan pelbagai pilihan menarik untuk ditonton.

Lebih menarik, bulan ini turut menyaksikan kemunculan beberapa drama dengan premis unik serta barisan pelakon popular yang pastinya mencuri perhatian. Ada kisah cinta yang menguji hubungan selepas bertahun-tahun bersama, ada pula permainan kuasa dan godaan yang berbahaya, malah kisah merentas masa yang mempertaruhkan peluang untuk mengubah takdir.

Jadi, 6 drama Korea terbaru yang bakal mewarnai September 2026 ini wajib masuk dalam watchlist korang!

1. Made In Korea 2

  • Tarikh Tayangan: 9 September 2026
  • Penyiar: Disney+ Malaysia
  • Genre: Jenayah, Aksi, Thriller Sejarah
  • Barisan Pelakon: Hyun Bin, Jung Woo Sung, Woo Do Hwan, Jung Sung Il

‘Made in Korea 2’ meneruskan kisah sembilan tahun selepas peristiwa musim pertama, sekali lagi menampilkan Hyun Bin, Jung Woo Sung serta pertembungan sengit dalam perebutan kuasa.

Baek Ki Tae (Hyun Bin) kini telah berada di kemuncak kekuasaan, namun cita-citanya masih belum mengenal batas. Dalam pada itu, pendakwa Jang Geon Young (Jung Woo Sung) telah menghabiskan bertahun-tahun membuat persiapan untuk kembali dan kini bersedia untuk melancarkan serangan balas.

Adik Ki Tae, Ki Hyun (Woo Do Hwan), turut mengejar jalan tersendiri menuju kuasa, sekali gus mencetuskan konflik baharu. Apabila cita-cita mereka bertembung, perseteruan lama kembali memuncak dan berkembang menjadi pertempuran lebih besar demi pengaruh, kuasa dan dendam.

2. The Ordinary Jackpot

  • Tarikh Tayangan: 10 September 2026
  • Penyiar: tvN | TVING | HBO Max Malaysia 
  • Genre: Komedi, Drama Pejabat, Kehidupan
  • Barisan Pelakon: Lee Jun Hyuk, Oh Dae Hwan, Seo Hyun Woo

Drama ini mengisahkan Gong Eun-Tae (Lee Jun-Hyuk), seorang pekerja pejabat biasa yang secara tidak disangka memenangi hadiah utama loteri bernilai 1.3 bilion won.

Namun, jumlah tersebut masih belum cukup untuk mengubah kehidupannya secara drastik. Sebaliknya, kemenangan itu menjadi titik perubahan yang membuatkan Eun-Tae mula melihat kehidupan dari sudut berbeza. Daripada berhenti kerja, dia kembali ke pejabat pada keesokan harinya dengan perspektif baharu terhadap kehidupan dan rutin hariannya.

Apabila perspektifnya terhadap pekerjaan, kehidupan dan hubungan mula berubah, Eun-Tae mula menyedari bahawa kemenangan itu mungkin membawa perubahan yang tidak pernah dijangka.

3. A Love Other Than Yours

  • Tarikh Tayangan: 12 September 2026
  • Penyiar: KBS | Prime Video Malaysia
  • Genre: Romantik, Drama Kehidupan
  • Barisan Pelakon: Seo Kang Joon, Ahn Eun Jin, Lee Joo Ahn. Jo Aram

‘A Love Other Than Yours’ merupakan drama romantik realistik yang mengisahkan sebuah hubungan selepas bertahun-tahun bersama, apabila rasa cinta mula berdepan dengan keakraban dan kebiasaan.

Namgung Ho (Seo Kang Joon) dan Lee Mi Do (Ahn Eun Jin) telah menjalin hubungan selama lebih 10 tahun. Setelah terlalu mengenali satu sama lain, mereka kini berdepan persoalan besar — adakah mereka patut berkahwin atau mengakhiri hubungan?

Keadaan menjadi semakin rumit apabila individu baharu muncul dalam kehidupan mereka, mencetuskan rasa tertarik, cemburu dan emosi yang selama ini terpendam. Mereka akhirnya perlu memikirkan semula makna hubungan yang telah dibina sekian lama dan sama ada rasa selesa dan terbiasa sudah cukup untuk mempertahankan cinta mereka.

4. The Scandal

  • Tarikh Tayangan: 18 September 2026
  • Penyiar: Netflix
  • Genre: Drama Sejarah, Romantik
  • Barisan Pelakon: Son Ye Jin, Ji Chang Wook. Nana

The Scandal’ membawakan kisah percintaan penuh godaan dan bahaya yang berlatarbelakangkan era Joseon. Drama ini diadaptasi daripada novel Perancis abad ke-18 karya Pierre Choderlos de Laclos, ‘Les Liaisons dangereuses’, yang turut menjadi inspirasi kepada filem Korea ‘Untold Scandal’ pada 2003.

Berlatar di Joseon, kisahnya mengikuti Lady Cho (Son Ye-Jin), seorang wanita bangsawan yang terikat dengan batasan sosial ketika itu. Dia mencabar Cho Won (Ji Chang-Wook), seorang bangsawan kaya yang terkenal dengan gaya hidup bebas, untuk menyertai permainan godaan yang berbahaya.

Cho Won menerima cabaran tersebut dan memilih Hee-Yeon (Nana) sebagai sasarannya — seorang wanita yang bertekad untuk kekal setia kepada mendiang suaminya. Namun, permainan yang pada awalnya sekadar cabaran untuk menakluk hati seseorang mula membawa akibat yang tidak pernah mereka jangkakan.

5. Dive Into You

  • Tarikh Tayangan: 26 September 2026
  • Penyiar: Channel A | Viki Malaysia
  • Genre: Romantik, Fantasi, Pengembaraan merentas masa
  • Barisan Pelakon: Bona, Park Seo Ham, Jang Se Hyuk, Moon Seung You

‘Dive Into You’ mengisahkan Yun Ha Na (Bona), seorang pelakon terkenal yang berada di kemuncak kerjayanya. Namun, kehidupannya berubah selepas satu kejadian misteri menyebabkan dia bertukar jiwa dengan adik kembarnya, Yun Ha Ru (Jang Se Hyuk), sebelum mereka terhumban ke masa lalu.

Ha Na kemudian mendapat peluang kedua untuk menyelamatkan cinta pertamanya, Jung Woo Jae (Park Seo Ham), seorang bekas atlet judo yang menjadi pengawal peribadi dan meninggal dunia ketika cuba melindunginya. Dalam usaha mengubah masa lalu, Ha-Na dan Ha-Ru perlu berdepan dengan pelbagai cabaran yang tidak dijangka.

Pada masa yang sama, Ha Ru yang terperangkap dalam tubuh kakaknya terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan Ha Na, termasuk hubungannya dengan Son Ye Rang (Moon Seung You), teman wanitanya yang juga merupakan CEO agensi Ha-Na.

‘Dive Into You’ menggabungkan elemen romantik, fantasi dan pengembaraan merentas masa, dengan dua beradik kembar mempertaruhkan segalanya demi mengubah masa lalu.

6. Mission Mompossible

  • Tarikh Tayangan: 28 September 2026
  • Penyiar: KBS
  • Genre: Komedi Romantik, Pejabat
  • Barisan Pelakon: Jung Min Ah, Dong Ha

‘Mission Mompossible’ mengisahkan Kang Da Mi (Jung Min Ah) dan Cha Seung Yun (Dong Ha) yang datang daripada dua keluarga berbeza, namun kehidupan mereka mula terjalin apabila masing-masing berdepan dengan ibu yang dianggap “gila” oleh orang sekeliling.

Ibu Seung Yun sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya, tetapi kini berdepan dengan penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Sementara itu, ibu Da Mi pula dikenali sebagai seorang wanita yang tamak dan mementingkan diri sendiri sehingga sanggup membelakangi keluarganya sendiri, termasuk anak perempuannya.

Apabila takdir Da Mi dan Seung Yun semakin berkait, kedua-duanya perlu saling membantu menyembuhkan luka masing-masing dan berdepan dengan keluarga mereka dari sudut pandang yang baharu.

K Drama Cliches

K-Drama Couch Tip: What To Watch After "Itaewon Class"

Daripada komedi romantik hinggalah thriller penuh debaran, Ogos kali ini memang menjanjikan pelbagai pilihan menarik untuk pencinta K-drama. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk layan semua drama terbaru ni! 🍿

Nota: Tarikh tayangan adalah tertakluk kepada perubahan oleh pihak penyiar atau platform penstriman. Kami akan mengemas kini senarai ini sekiranya terdapat sebarang perubahan. Happy watching!