SBS Drama Awards 2024: Jang Nara Menang Daesang, “Connection” Drama Terbaik Tahun Ini

Pada 21 Disember 2024, majlis anugerah SBS Drama Awards berakhir dengan meriah, kali ini dihoskan oleh Shin Dong Yup, Kim Hye Yoon, dan Bona WJSN. SBS Drama Awards merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Seoul Broadcasting System bagi menghargai pencapaian cemerlang dalam industri drama Korea, serta drama-drama yang ditayangkan di rangkaian SBS sepanjang tahun. Berbeza daripada kebiasaan, acara tahun ini diadakan lebih awal daripada jadual biasa.

Pada tahun ini, drama Good Partner dan The Fiery Priest 2 mendominasi anugerah dengan masing-masing membawa pulang lapan kemenangan. Connection dan The Judge from Hell turut memberikan persaingan sengit dengan masing-masing meraih tujuh kemenangan.

Pencapaian paling bersejarah pada tahun ini adalah untuk Jang Nara, yang buat pertama kalinya dinobatkan sebagai penerima Daesang sepanjang kariernya yang sudah mencecah 20 tahun. Jang Nara menerima anugerah tertinggi ini menerusi wataknya sebagai Cha Eun-Kyung dalam drama Good Partner, di mana beliau melakonkan peranan peguam perceraian terkenal dengan penuh karisma dan emosi yang mendalam.

Dalam ucapan penerimaannya, Jang Na-ra mengucapkan terima kasih kepada SBS kerana memberi peluang untuknya mengalami pengalaman luar biasa dalam hidupnya, termasuk bertemu dengan rakan-rakan hebat. Beliau turut memberi penghargaan kepada Nam Ji-hyun, yang menjadi tunjang utama dalam drama mereka. Jang Nara juga menyatakan rasa terima kasih yang mendalam kepada keluarga, rakan-rakan, dan peminat yang telah menyokongnya selama lebih 20 tahun. Dalam ucapannya, beliau menyedari betapa berharganya sokongan daripada penonton dan berjanji akan terus berusaha keras untuk menjadi pelakon yang sentiasa menarik perhatian.

Jang Nara dan Ahn Bo Hyun

Ahn Bo-hyun dan Kim Nam-gil, dua lagi calon Daesang, turut meraih Top Excellence Award pada tahun ini. Ahn Bo-hyun, yang dikenali menerusi Chaebol X Detective, dalam ucapan penerimaannya menyatakan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam drama tersebut. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengarah Kim Jae-hong dan penulis Kim Ba-da yang memberinya keyakinan untuk musim kedua. Ahn juga berjanji untuk terus memperbaiki wataknya dan menjadikan musim kedua lebih menarik.

Kim Nam-gil, yang memenangi Top Excellence Award menerusi The Fiery Priest 2, berjenaka mengenai impiannya untuk memenangi Anugerah Pasangan Terbaik bersama Kim Sung-kyun, tetapi malangnya impian tersebut tidak tercapai. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kru dan pelakon The Fiery Priest 2 atas usaha keras mereka, serta menganggap bekerja dengan mereka sebagai sumber kegembiraan dan inspirasi.

Sementara itu, Park Shin-hye, yang tidak memenangi Daesang tetapi menerima Director’s Award, mengucapkan terima kasih kepada penulis Jo Yi-soo dan pengarah Park Jin-pyo atas sokongan mereka dalam membentuk wataknya sebagai Kang Bit-na. Park Shin-hye juga mengucapkan terima kasih kepada pelakon Kim Jae-young yang banyak menyokongnya sepanjang penggambaran. Mengenang perjalanan kariernya, beliau menyatakan rasa terharu kerana diberi peluang menerima anugerah besar selepas 21 tahun berkhidmat dalam industri ini.

Drama Connection, yang berjaya dinobatkan sebagai Drama of the Year, mengisahkan seorang detektif elit yang bergelut dengan ketagihan dadah dan menyelidik kematian rakannya bagi mengungkap hubungan persahabatan yang tercemar selama 20 tahun. PD Kim Moon-kyo berkongsi rasa bimbangnya semasa penggambaran, terutamanya dalam memastikan lakonan para pelakon dapat disampaikan dengan baik. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pelakon dan pengarah Lee Hyun yang berjaya membawa drama ini ke tahap yang cemerlang.

Walaupun Ji Sung, yang turut dicalonkan untuk Daesang, tidak memenangi sebarang anugerah, beliau tetap dihargai oleh rakan-rakan pelakon. Kwon Yul, yang memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik untuk Connection, mengucapkan terima kasih kepada Ji Sung dan semua pelakon yang bekerjasama dengannya. Kim Kyung-nam turut mengucapkan terima kasih kepada Ji Sung serta pengarah dan penulis drama tersebut. Jeon Mi-do, yang meraih Top Excellence Award, turut memberi penghargaan kepada Ji Sung yang banyak membantu mewujudkan persekitaran yang menyenangkan sepanjang penggambaran.

Sejujurnya, penulis juga sedikit kecewa kerana Ji Sung tidak memenangi sebarang anugerah pada malam tersebut. Dengan kekuatan lakonan dan pengalamannya, beliau dianggap sebagai salah satu calon terkuat untuk meraih salah satu anugerah yang dipertandingkan, namun malangnya tiada rezeki untuknya pada tahun ini.

Pelakon veteran Kim Young Ok menerima Anugerah Merit (Achievement Award). Dengan lebih 60 tahun dalam industri, Kim Young Ok telah membawakan lebih 223 watak dalam pelbagai drama.

Dalam ucapannya, Kim Young Ok memperkenalkan dirinya dan menyatakan rasa terima kasih atas peluang bertemu dengan rakan-rakan pelakon yang lebih muda. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Park Shin Hye dan pengarah Park Jin Pyo atas kerjasama dalam drama Judge from Hell tahun ini. Kim Young Ok turut mengulas mengenai dirinya yang dianggap sebagai model, sambil berharap untuk terus sihat dan mempamerkan bakat dalam pelbagai bidang sehingga usia 100 tahun. Di penghujung ucapannya, beliau berharap tahun depan membawa kebahagiaan dan kejayaan untuk semua.

Secara keseluruhannya, SBS Drama Awards 2024 menyaksikan banyak kejayaan besar dan mengiktiraf pencapaian luar biasa daripada para pelakon dan produksi drama-drama terkemuka. Bagi yang mengikuti perjalanan drama-drama ini, mereka pasti dapat menyaksikan bakat dan dedikasi yang luar biasa dari setiap individu yang terlibat.

Untuk senarai penuh pemenang, sila rujuk di bawah:

Daesang (Grand Prize): 

  • Jang Nara (Good Partner)

Director’s Award

  • Park Shin Hye (The Judge from Hell)

Top Excellence Award (Action Miniseries): 

  • Ahn Bo Hyun (Flex X Cop)
  • Jeon Mi Do (Connection)

Top Excellence Award (Multi-Season Series): 

  • Kim Nam Gil (The Fiery Priest 2)
  • Honey Lee (The Fiery Priest 2)

Top Excellence Award (Fantasy & Human Miniseries): 

  • Kim Jae Young (The Judge from Hell)
  • Nam Ji Hyun (Good Partner)

Achievement Award

  • Kim Young Ok

Drama of theYear: 

  • Connection

Excellence Award (Action Miniseries): 

  • Park Ji Hyun (Flex X Cop)
  • Kwak Si Yang (Flex X Cop)

Excellence Award (Fantasy & Human Miniseries): 

  • Kim Joon Han (Good Partner)
  • Pyo Ji Hoon (Good Partner)
  • Kim Ah Young (The Judge from Hell)

Excellence Award (Multi-Season Series): 

  • Kim Sung Kyun (The Fiery Priest 2)
  • Sung Joon (The Fiery Priest 2)
  • BIBI (The Fiery Priest 2)
  • Lee Yoo Bi (The Escape of the Seven – Resurrection)

Best Teamwork Award: 

  • Good Partner (Jang Na Ra, Nam Ji Hyun, Kim Jun Han & Pyo Ji Hoon)

Best Couple: 

  • Park Shin Hye & Kim Jae Young (The Judge From Hell)

Best Performance Award: 

  • Lee Kyu Han (The Judge from Hell)
  • Han Jae Yi (Good Partner)

Scene Stealer Award: 

  • Go Kyu Pil (The Fiery Priest 2)
  • Ahn Chang Hwan (The Fiery Priest 2)

Best Supporting Actor (Action Miniseries): 

  • Kwon Yool  (Connection)
  • Kim Kyung Nam (Connection)

Best Supporting Actress (Action Miniseries): 

  • Jung Yoo Min (Connection)
  • Yoon Sa Bong (Connection)

Best Supporting Actor & Actress (Multi-Season Series): 

  • Seo Hyun Woo (The Fiery Priest 2)
  • Shim Yi Young  (The Escape of the Seven-Resurrection)

Best Supporting Actor (Miniseries): 

  • Ji Seung Hyun (Good Partner)
  • Kim In Kwon (The Judge from Hell)

Best Supporting Actress (Miniseries): 

  • Kim Jae Hwa (The Judge From Hell)
  • Kim Hye Hwa (The Judge From Hell)

Best Child Actor: 

  • Moon Woo Jin (The Fiery Priest 2)
  • Yuna (Good Partner)

Best New Actor: 

  • Choi Yu Ju (The Escape of the Seven – Resurrection)
  • Kim Min Ju (Connection)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Sumber : 1 | 2 | 3