Dakwaan menodai ahli kumpulan kpop perempuan ‘rookie’, identiti CEO agensi cuba diselongkar netizen

Suatu tuduhan gangguan seksual telah dilemparkan ke atas CEO sesebuah agensi kumpulan kpop perempuan.

Menurut laporan eksklusif daripada JTBC Case Chief yang disiarkan pada 22 Nov 2024 hari ini, transkrip audio itu mendedahkan perbualan di antara ahli kumpulan kpop perempuan ‘rookie’ itu dinamakan sebagai ‘A’ dengan CEO berkenaan yang dinamakan sebagai ‘B’ yang menunjukkan bahawa dia telah diganggu secara seksual.

Audio berkenaan berkemungkinan memaparkan lakonan semula di antara A dan B.

“Biar saya habiskan promosi ini dulu. Ini yang saya mahukan,” pinta A.

“Kalau saya boleh tunaikan impian awak, bolehkah awak tunaikan impian saya pula?,” pujuk B.

“Saya nak awak jadi teman wanita saya untuk sehari saja. Boleh tak?,” sambungnya lagi.

A yang menerangkan bahawa ketika itu dia sememangnya diganggu secara seksual seraya berkata, “Dia paksa saya cium dia, walaupun ketika itu saya dah tutup mulut, tapi dia tetap jelirkan lidahnya dan jilat kedua-dua leher dan telinga saya.”

Tambahan lagi, A juga mengaku bahawa CEO itu ‘memintanya’ untuk menodai tubuh badannya selama dua jam meskipun A berulang-ulang kali menolak permintaan mengarut tersebut. Insiden berkenaan dikatakan berlaku sewaktu kumpulan kpop ‘rookie’ itu sedang dalam penerbangan untuk promosi album di Jepun.

Sementara itu, agensi CEO menafikan berlaku insiden gangguan seksual itu. Namanya tidak didedahkan oleh media setakat ini.

Sumber: JTBC news ; wikitree