“Light Shop” – Kisah misteri yang menyentuh hati dari pencipta “Moving,” akan tayang di Disney+ Hotstar 4 Disember ini

Terperangkap di sebuah kawasan yang gelap dan misteri tanpa sebarang ingatan bagaimana mereka sampai di sana, enam orang asing perlu menyusun semula kenangan mereka yang hilang untuk melarikan diri dalam Light Shop – sebuah misteri supernatural lapan episod daripada pencipta Moving – yang akan ditayangkan perdana pada 4 Disember eksklusif di Disney+ Hotstar.

Siri ini merupakan adaptasi daripada webtoon popular Light Shop karya Kangfull, yang mengikuti kisah enam orang asing, masing-masing bergelut dengan peristiwa traumatik dari masa lalu mereka. Ketika mereka menjalani kehidupan harian, mereka mula sedar bahawa ada sesuatu yang sangat tidak kena – namun mereka tidak dapat menentukannya. Dalam usaha terdesak untuk mencari jawapan dan memulihkan kehidupan mereka yang normal, kumpulan ini tertarik kepada sebuah kedai lampu misteri di penghujung lorong yang menakutkan, yang menyimpan kunci kepada masa lalu, masa kini, dan masa depan mereka. Sarat dengan misteri dan teka-teki, Light Shop menjanjikan pengembaraan emosi yang mendalam melalui premisnya yang unik dan menyentuh hati.

Poster pembukaan yang baru dikeluarkan ini menampilkan Kedai Lampu, yang menerangi hujung lorong gelap bersama pemiliknya, Won Young (Joo Ji Hoon). Poster tersebut menunjukkan beberapa individu berjalan menjauhi kedai, disertai dengan frasa, “Di hujung lorong gelap, tetamu yang tidak dikenali telah tiba di persimpangan kehidupan dan kematian.” Suasana yang penuh dengan elemen misteri ini berjaya menimbulkan rasa ingin tahu terhadap siri ini.

Reka bentuk poster ini sangat unik, di mana keistimewaannya semakin terserlah apabila diperhatikan dengan lebih teliti, menawarkan kejutan segar kepada peminat yang menantikan siri ini. Cahaya yang mengalir menyerupai jalur cahaya bersatu dengan bayang-bayang tetamu asing di Kedai Lampu, membentuk imej mentol lampu yang menghidupkan keseluruhan konsep misteri dalam poster tersebut.

Selain Ju Ji Hoon,  Light Shop turut dibintangi oleh Park Boyoung (Strong Girl Bong-soon, Oh My Ghost) sebagai seorang jururawat yang kehidupannya berubah selepas pengalaman hampir mati; Bae Seongwoo (Veteran, The King) sebagai seorang detektif; Lee Jungeun (Parasite) sebagai seorang ibu yang tertekan; dan Kim Minha (Pachinko, Investigation Partners) sebagai penulis skrip Sunhae. Siri ini diadaptasi untuk skrin oleh Kangfull (Moving) dan diarahkan oleh Kim Hiewon.

“Light Shop” akan menayangkan empat episod pertamanya pada 4 Disember, diikuti dengan dua episod setiap minggu untuk dua minggu seterusnya dan boleh distrim di DIsney+ Hoststar.

loading...