Lee Hyun Woo jadi pesaing Moon Sang Min untuk merebut Hati Shin Hyun Been dalam “Cinderella at 2AM”

Siap sedia untuk meninton perang cinta tiga segi dalam “Cinderella at 2AM”!

“Cinderella at 2AM” adalah sebuah komedi romantik yang dibintangi oleh Shin Hyun Been sebagai Ha Yoon Seo, seorang wanita yang tidak mempercayai pengakhiran seperti dalam kisah dongeng, dan Moon Sang Min sebagai Seo Joo Won, pewaris chaebol yang berusaha mengubah pandangannya.

Spoiler

Dalam episod terdahulu “Cinderella at 2AM”, rakan-rakan sekerja Yoon Seo dan Joo Won akhirnya mengetahui tentang hubungan rahsia mereka — tetapi hanya selepas ia berakhir.

Dalam adegan terbaru dari episod akan datang, Joo Won berdepan dengan pesaing baru dalam percintaan, iaitu Sung Min (Lee Hyun Woo), yang tiba-tiba muncul dalam hidup mereka

Joo Won, yang sebenarnya tidak mahu melepaskan Yoon Seo, mula berasa cemburu dengan kehadiran Sung Min, dan suasana tegang tercetus apabila Sung Min menarik lengan Yoon Seo di luar.

Untuk mengetahui bagaimana kehadiran Sung Min akan mempengaruhi hubungan antara dua bekas kekasih ini, jangan lupa saksikan episod selanjutnya “Cinderella at 2AM” pada 7 September di Viu Malaysia.

Sumber : 1

loading...