Stray Kids Akan Kembali Menggegarkan Ke Singapura pada 28 September 2024 ini

Live Nation Singapore dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kumpulan K-pop popular, Stray Kids, akan membawa jelajah dunia <dominATE> yang dinanti-nantikan ke Singapura pada September ini! Stray Kids World Tour <dominATE SINGAPORE> akan diadakan pada 28 September 2024, Sabtu bertempat di Stadium Nasional, Singapura.

Selepas pertunjukan mereka yang habis dijual di Stadium Tertutup Singapura pada Februari 2023, kumpulan ini akan kembali ke Singapura untuk pentas yang lebih besar dan lebih hebat di Stadium Nasional! Stray Kids telah memulakan siri jelajah dunia yang mendominasi dan ia akan merangkumi 6 persembahan yang telah bermula pada 24 Ogos di Seoul. Singapura akan menjadi perhentian kedua dan perhentian luar negara pertama bagi siri jelajah ini, sebelum mereka bergerak ke 12 bandar lain. Ini menandakan jelajah konsert pertama mereka dalam tempoh hampir dua setengah tahun, selepas kejayaan besar siri jelajah “MANIAC” mereka, yang diadakan sebanyak 42 pertunjukan di 18 bandar.

Penggunaan <dominATE> sebagai tajuk siri jelajah kali ini mengekspresikan tekad dan cita-cita kuat Stray Kids untuk mendominasi pentas global, kerana mereka berhasrat untuk membuka lembaran baru, menjalin hubungan dengan lebih ramai Stays (nama kelab peminat Stray Kids) di seluruh dunia, dan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai bintang global. Untuk menambahkan lagi kegembiraan, Stray Kids baru-baru ini telah melancarkan album mini baharu mereka ‘ATE’ dengan lagu utama yang penuh semangat ‘Chk Chk Boom’ pada 19 Julai 2024.

Penjualan Tiket

Tiket-tiket telah mula dijual keapada orang ramai pada 31 Julai yang lalu melalui laman web  www.ticketmaster.sg  dan talian Hotline: +65 3158 8588. Harga tiket bagi setiap kategori adalah seperti berikut: VIP SGD348, CAT1 SGD288, CAT2 SGD248, CAT3 SGD218, CAT4 SGD188 dan CAT5 RM168. Harga jualan tidak termasuk yuran tempahan.

Antara keistimewaan untuk pemegang tiket VIP adalah seperti berikut:

  • Tempat duduk terbaik
  • Akses ke Soundcheck APrty
  • Lanyard & Laminate VIP
  • Set Poskad VIP

Pembeli dinasihatkan agar tidak membeli tiket daripada penjual yang tidak diberi kuasa atau daripada pihak ketiga. Dengan membeli tiket melalui saluran yang tidak sah ini, pembeli akan menghadapi risiko tiket yang tidak dapat disahkan kesahihannya, dan tiada pemulangan wang akan diberikan.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila follow media sosial rasmi Live Nation SG: Website rasmi, Facebook, Instagram, X /Twitter, dan TikTok.

loading...