3 sebab ini buatkan anda perlu tonton “Perfect Family”

Drama Korea terbaru KBS2 “Perfect Family” telah berkongsi beberapa sebab utama yang memerlukan anda untuk menantikan tayangan perdananya!

Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Perfect Family” ialah sebuah drama misteri tentang keluarga yang kelihatan bahagia dan sempurna namun mula saling mencurigai apabila anak perempuan mereka terlibat dalam insiden pembunuhan. Park Ju Hyun akan memainkan watak Choi Sun Hee, seorang pelajar contoh yang menduduki tempat pertama di sekolahnya, manakala Kim Byung Chul dan Yoon Se Ah akan memainkan watak ibu bapa angkatnya yang setia, Choi Jin Hyuk dan Ha Eun Joo.

Menjelang tayangan perdananya hari ini (14 Ogos), berikut ialah tiga sebab utama untuk menantikan “Perfect Family”!

1. Kisah keluarga yang bertujuan untuk menarik perhatian penonton dari semua peringkat umur

“Perfect Family” menampilkan kisanya dengan format baharu yang direka untuk menarik penonton dari semua peringkat umur. Berpusat pada insiden pembunuhan yang melibatkan seorang gadis, drama ini menampilkan beberapa watak utama dan hubungan yang kompleks. Drama ini dijangka mengejutkan dan menambat hati penonton semua generasi dengan perkembangan yang tidak dijangka.

2. Bertemakan thriller misteri dengan jalan cerita yang penuh saspens dan kejutan

“Perfect Family” berpusat pada kes pembunuhan yang melibatkan pelajar sekolah menengah. Watak dengan latar belakang yang unik melihat kes pembunuhan itu dari perspektif mereka sendiri dan berjuang untuk mendedahkan kebenaran. Apabila syak wasangka dan salah faham antara watak semakin meningkat, cerita ini mencapai kemuncaknya dengan sentuhan yang mengejutkan dan tidak dijangka.

3. Pertemuan semula Kim Byung Chul dan Yoon Se Ah sebagai pasangan suami isteri di skrin kecil


“Perfect Family” menawarkan sinergi yang luar biasa antara pelakon dan watak yang di bawakan masing-masing. Penonton boleh menantikan pertemuan semula bintang “SKY Castle” Kim Byung Chul dan Yoon Se Ah sebagai pasangan suami isteri di skrin kecil. Kedua-dua pelakon yang melakonkan watak yang sanggup berkorban untuk anak perempuan mereka yang terjerat dalam kes pembunuhan itu dijangka akan menampilkan keserasian lakonan yang berbeza dengan drama mereka sebelum ini.

 

 

Penonton juga harus menjangkakan penampilan Kim Young Dae yang membawakan watak Park Kyung Ho, Park Ju Hyun, Choi Ye Bin sebagai Lee Soo Yeon, dan Lee Si Woo yang memainkan watak Ji Hyun Woo. Selain itu, drama ini turut menampilkan beberapa pelakon lain termasuk Yoon Sang Hyun sebagai Choi Hyun Min, Kim Do Hyun melakonkan watak Shin Dong Ho, dan penampilan istimewa daripada Kim Myung Soo yang membawakan watak Lee Sung Woo. Ini adalah antara salah satu lain yang korang perlu nantikan daripada drama ini.

“Perfect Family” ditayangkan pada 14 Ogos dan boleh ditonton di Viu Malaysia serta Viki.

Sumber : 1

loading...