Kim Yoo Jung, Kim Young Dae, Kim Do Hoon dan Lee Yul Eum sah bintangi drama thriller romantik terbaru

Siri original TVING yang akan datang, “Dear X” (tajuk kerja), telah mengumumkan barisan pelakonnya.

Pada 8 Ogos, produksi “Dear X” mengumumkan bahawa Kim Yoo Jung, Kim Young Dae, Kim Do Hoon, dan Lee Yul Eum adalah teraju utama drama tersebut.

‘Dear X’ ialah sebuah karya yang diadaptasi berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama. Drama ini mengisahkan Baek Ah Jin, seorang pelakon terkenal yang mempunyai ramai peminat. Tetapi malangnya, dia mencapai kejayaan dengan mengambil kesempatan daripada orang lain, tetapi pada hari malangnya, dia berdepan dengan zaman kejatuhannya dan merosakkan kerjayanya.

Meskipun mengalami pasang surut dalam kerjayanya, Baek Ah Jin mempunyai seorang lelaki yang sentiasa berada di sisinya. Kisah ini akan membawa penonton ke dalam kuasa cinta antara seorang pelakon dan seorang lelaki yang percaya pada cinta.

Kim Yoo Jung akan memegang watak Baek Ah Jin, seorang pelakon terkenal di Korea Selatan. Dia telah berjaya membina imejnya sebagai seorang artis yang baik hati dan mempunyai ramai peminat. Tetapi sebenarnya dia menyembunyikan sifat kejam di sebalik wajah cantiknya itu. Atas kerja kerasnya, dia berjaya mencapai titik tertinggi dalam kariernya, dan melupakan luka masa kecilnya. Baek Ah Jin hidup dengan mengenakan topeng kepalsuan, namun pada suatu hari perkara ini terbongkar dan memusnahkannya.

Kim Young Dae akan memainkan watak Yoon Joon Seo, seorang lelaki yang percaya bahawa cinta adalah segala-galanya. Dia seorang yang setia kerana sentiasa berada di sisi Baek Ah Jin sepanjang hidupnya. Boleh dikatakan Yoon Joon Seo adalah satu-satunya tempat untuk bersandar buat Baek Ah Jin. Dia telah melalui segala kepayahan untuk Baek Ah Jin, malah dia sanggup menghancurkan semua yang dia lindungi selama ini demi cinta.

Kim Do Hoon akan memegang watak Kim Jae Oh yang merupakan peminat tegar Baek Ah Jin, Kim Jae Oh kekal di sisi Baek Ah Jin dengan cara yang berbeza daripada Yoon Joon Seo. Dia berdepan dengan kehidupan yang susah kerana menanggung penderaan daripada bapanya yang taksub dengan ajaran sesat. Baek Ah Jin adalah sebab untuknya terus hidup kerana mereka berkongsi kesakitan yang sama. Disebabkan terlalu taksub dengan Baek Ah Jin, dia telah meletakkan dirinya dalam situasi yang sukar.

Akhir sekali, Lee Yul Eum akan memegang watak sebagai Rena, bekas idol yang bertukar profesion menjadi pelakon. Dia seorang pelakon yang mempunyai bakat dan kecantikan yang sempurna. Itu yang membuatkan dia menyerlah di puncak sebagai artis terkenal. Rena seorang yang lasak dan mempunyai mentaliti yang cukup kuat untuk bertahan dalam industri hiburan. Namun hatinya goyah setelah jatuh cinta kepada Yoon Joon Seo yang hanya melihat Ah Jin yang sebagai pasangannya.

Empat watak utama dalam drama ‘Dear X’ terperangkap dalam perasaan cinta yang rumit. Bagaimana mereka boleh menyelesaikan konflik cinta dan perasaan dalam drama ini? Sama-sama kita nantikan.

‘Dear X’ akan ditayangkan pada tahun 2025.

Sumber: 1

loading...