Bukan lagi khabar angin, Huang Zitao (bekas ahli EXO) umum percintaannya dengan Xu Yiyang

Media sosial pada hari ini seakan sibuk dengan perbincangan serta menyatakan rasa gembira apabila ahli kumpulan EXO, Huang Zitao, akhirnya mengumumkan hubungan percintaannya.

Pada 14 Julai, Huang Zitao mendedahkan hubungan istimewanya dengan kekasih hati, Xu Yiyang, yang merupakan bekas ahli SM Rookies.

Melalui akaun Weibo masing-masing, mereka berdua memuat naik gambar mesra mereka di pantai dengan ayat yang romantik.

“Semoga kita sentiasa menjadi kita,” tulis Huang Zitao.

Tidak mahu ketinggalan, teman wanita Huang Zitao, Xu Yiyang turut memuat naik gambar siluet mereka berdua di pantai sambil berpegangan tangan.

“Cipta impian di pantai ketika matahari terbenam,” kata Xu Yiyang.

Berita ini turut membuatkan peminat mereka berdua dan para netizen teruja kerana mereka mengharapkan pengakhiran yang bahagia kepada percintaan antara Huang Zitao dan Xu Yiyang, yang telah bersama selama hampir empat tahun. Nampaknya pada hari ini, hubungan cinta mereka berdua tidak lagi menjadi rahsia apabila Huang Zitao dan Xu Yiyang bersetuju untuk mengumumkan status hubungan mereka kepada umum.

Untuk pengetahuan, Huang Zitao dan Xu Yiyang sebelum ini merupakan sebahagian daripada agensi SM Entertainment. Huang Zitao ialah ahli EXO dan EXO-M yang memutuskan untuk meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2015. Sementara itu, Xu Yiyang adalah ahli SM Rookies dari 2016 hingga 2018.

Hubungan antara Huang Zitao dan Xu Yiyang telah lama menjadi bahan perbualan, di mana khabar angin tentang percintaan mereka mula muncul pada awal tahun 2020. Xu Yiyang berada di bawah agensi L.TAO Entertainment, sebuah syarikat yang diasaskan oleh Huang Zitao. Huang Zitao secara terbuka menunjukkan sokongannya kepada Xu Yiyang, menggalakkan peminat mengundinya semasa penampilannya di rancangan pencarian bakat ‘Produce Camp’. Kedua-duanya dilaporkan mula rapat sejak Xu Yiyang menyertai rancangan survival ‘Produce Camp’ di mana Huang Zitao menjadi mentornya ketika itu.

Selain menceburi bidang nyanyian, Huang Zitao dan Xu Yiyang turut aktif dalam bidang lakonan.

Tahniah diucapkan kepada pasangan kekasih ini.

Sumber : 1 | 2

loading...