Seringkali tolak tawaran, P.O dedah kisah di sebalik penampilan pertamanya di “Running Man”

Pada siaran SBS ‘Running Man’ pada 7 Julai, pelakon Nam Ji-hyun dan Rapper dan personaliti TV P.O muncul sebagai tetamu. Kedua mereka hadir untuk mempromosikan drama terbaru mereka “Good Partner” yang akan disiarkan di SBS tidak lama lagi.

Kesemua ahli Running Man dengan gembira mengalu-alukan kehadiran Nam Ji-hyun, yang kembali selepas tiga tahun. Dikesempatan itu juga, telah didedahkan bahawa ini adalah kali pertama P.O menjadi bintang jemputan di “Running Man”. Sedangkan, P.O sudah popular dan dikenali dalam industri rancangan pelbagai sebagai ahli “New Journey to the West” dan “Amazing Saturday”.

“Ini kali pertama saya datang ke sini,” kata P.O. Ahli “Running Man” kelihatan agak terkejut. “Ini kali pertama? Kenapa ini kali pertama? Kenapa P.O tidak pernah menyertai kami sebelum ini,” tanya ahli Running Man.

Penerbit Running Man menjelaskan bahawa mereka telah membuat banyak tawaran kepada P.O untuknya muncul dalam rancangan itu, termasuk episod futsal baru-baru ini. Ternyata bukan P.O yang menolak tawaran itu, tetapi agensinya.

Ada cerita disebaliknya,” jawab PD “Running Man”. P.O nampaknya tidak tahu bahawa agensinya menolak semua tawaran daripada “Running Man”. Jae Suk menjelaskan, “Kami cuba mendapatkan P.O muncul dalam rancangan ini, tetapi dia tidak tahu bahawa kita menjemputnya ke sini.”

P.O kemudian berkata, “Ya, saya tidak tahu. Saya baru tahu fakta itu hari ini.” Jae Suk menjelaskan lagi, “Tetapi, ia boleh berlaku. Agensi perlu menyesuaikan jadualnya dengan mengambil kira pelbagai keadaan.

P.O mengakui sudah lama ingin muncul di “Running Man”. “Saya selalu ingin ke sini. Saya juga menonton episod futsal yang disiarkan baru-baru ini. Saya suka bermain bola sepak/futsal,” kata P.O.

Pasukan produksi kemudian menarik perhatian dengan berkata, “Kami ada juga menghubungi anda ketika itu,” dan mendedahkan bahawa mereka telah cuba merekrut P.O semasa Piala Futsal tetapi tidak dapat menghubunginya.

Episode 712 “Running Man” di mana Nam Ji Hyun dan P.O sebagai tetamu jemputan kini boleh distrim di Viu Malaysia.

Sumber : 1

loading...