Lee Sun Bin dan Kang Tae Oh bergandingan untuk drama komedi romantik terbaru tvN

Nampaknya Kang Tae Oh sudah bersiap sedia untuk projek terbarunya. Kali ini pelakon itu akan bekerjasama dengan Lee Sun Bin.

Pada 14 Mei, tvN mengumumkan bahawa Lee Sun Bin dan Kang Tae Oh disahkan menerajui drama akan datang rangkaian tersebut berjudul “Potato Research Institute.”

“Potato Research Institute” yang bertemakan komedi romantik ini berlatar belakangkan sebuah institut penyelidikan kentang luar bandar.

Lee Sun Bin akan memegang watak Kim Mi Kyung, seorang penyelidik yang gilakan kentang. Kim Mi Kyung mempunyai personaliti yang mudah mesra dengan pengalaman kerja selama 12 tahun. Dia telah menjalani kehidupan yang sederhana dan aman di kawasan luar bandar sehingga So Baek Ho muncul di kawasan itu dan mengganggu hidupnya.

Kang Tae Oh pula sebagai So Baek Ho yang menawan tetapi seorang kapitalis tanpa belas kasihan dalam membuat keuntungan. Pada suatu hari, So Baek Ho muncul di institut penyelidikan kentang yang terletak di lembah gunung dan mula bertengkar dengan penolong pengurus institut itu, iaitu Kim Mi Kyung.

Saya sangat gembira dan teruja untuk bekerja dengan drama tvN buat kali pertama dalam masa yang lama. Saya juga berasa teruja untuk menunjukkan sisi baharu diri saya kepada penonton.

– Lee Sun Bin

Saya agak gementar kerana ini adalah projek pertama saya selepas menamatkan khidmat tentera, tetapi saya lebih teruja kerana saya dapat menyapa penonton sekali lagi dengan projek yang hebat. Saya akan bekerja keras sepanjang penggambaran dengan penuh kegembiraan seperti yang dinantikan oleh penonton, jadi sila tunjukkan minat dan jangkaan yang tinggi untuk ‘Potato Research Institute’.

– Kang Tae Oh

“Potato Research Institute” dijadualkan untuk ditayangkan pada separuh pertama tahun 2025. Nantikan lebih banyak kemas kini!

Sumber : 1

loading...