Edisi lega hati – Agensi Kim Soo Hyun nafi khabar angin percintaan dengan Kim Sae Ron

Pagi Ahad yang tenang menjadi sedikit kecoh apabila khabar angin mendakwa Kim Sae Ron berkasih dengan Kim Soo Hyun.

Pada awal pagi 24 mac, Kim Sae Ron berkongsi swafoto bersama Kim Soo Hyun di Instagram Story namun  memadamkannya tidak lama kemudian. Biarpun perkongsian itu dipadamkan dengan pantas, netizen berjaya menangkap tangkapan skrin, sekaligus mencetuskan spekulasi dan perbincangan di seluruh platform dalam talian.

Tidak tinggal diam, agensi Kim Soo Hyun memberitahu OSEN, “Kami baru sahaja melihat berita tentang pelakon Kim Soo Hyun pagi ini. Kami akan memberi kenyataan tepat mengenainya selepas menyemak kebenaran dan mengetahui butiran konkrit.”

Selepas mendapatkan bukti yang secukupnya, agensi Kim Soo Hyun menafikan khabar angin tentang hubungan mesra dengan Kim Sae Ron.

Berikutan kenyataan awal mereka, GOLDMEDALIS kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menjelaskan bahawa pelakon itu tidak kini tidak bercinta dengan Kim Sae Ron.

Kenyataan penuh daripada agensi tersebut adalah seperti berikut:

Hello. Ini GOLDMEDALIS.

Kami membuat kenyataan rasmi berhubung foto Kim Soo Hyun yang tersebar hari ini.

Kami memaklumkan kepada anda bahawa khabar angin percintaan Kim Soo Hyun pada masa ini adalah tidak benar. Foto-foto yang telah tersebar dalam talian nampaknya telah diambil pada suatu masa dahulu, ketika [Kim Soo Hyun dan Kim Sae Ron] berada di bawah agensi yang sama, dan kami sama sekali tidak dapat memahami motif operandi di sebalik tindakan Kim Sae Ron [menyiarkan gambar tersebut].

Disebabkan oleh foto yang menjadi punca persoalan ramai, salah faham yang tidak sepatutnya terjadi dan spekulasi tidak berasas mengenai pelakon kami sedang berleluasa saat ini, dan kami akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas melalui wakil undang-undang kami sebagai tindak balas kepada fitnah berniat jahat dan siaran menghina yang mencemarkan nama baik atau maruah pelakon kami.

Kami meminta anda untuk mengelak daripada menulis khabar angin atau spekulasi yang tidak berasas mengenai perkara ini.

Terima kasih.

Sumber : 1 | 2

loading...