Percintaannya dengan Lee Jae Wook mengejutkan ramai, Karina mohon maaf kepada peminat

Pada 5 Mac, Karina Aespa memuat naik mesej permohonan maaf bertulis kepada peminat. Surat itu dimuat naik ke akaun Instagram peribadinya sebagai maklumbalas terhadap berita mengenai percintaannya yang tersebar baru-baru ini.

Minggu lalu, media Korea Dispatch telah melaporkan percintaan antara ahli kumpulan pujaan ramai Karina Aespa dan pelakon Lee Jae-Wook. Mereka menyatakan bahawa hubungan cinta kedua-duanya berputik selepas bertemu di pertunjukan fesyen di Milan pada Januari awal tahun ini.

Dalam surat yang dimuat naik, Karina Aespa memohon maaf kepada peminat di atas berita mengejutkan ini dan ada di antara mereka yang menyatakan kekecewaan mereka.

Antara yang terkandung dalam surat Karina adalah seperti berikut:

Hello. Karina di sini.

Pertamanya, saya memohon maaf kerana mengejutkan anda, dan saya akhirnya (menulis ini), walaupun terlambat kerana saya berasa berat hati terhadap MY (peminat Aespa) yang pastinya sangat terkejut,

Saya tahu ramai MY kecewa dengan berita yang tersebar. Saya minta maaf,

Saya tulis surat itu kerana saya takut saya sakitkan hati awak dengan berita itu. Disamping itu juga, saya ingin meluahkan isi hati saya kepada MY.

Kepada peminat yang telah memberi saya kemesraan sejak saya debut, saya mohon maaf. Saya ingin mengubati luka anda semua, kerana anda sangat berharga bagi saya.

Walaupun surat ini sangat pendek, saya ucapkan terima kasih kerana membacanya. Buat masa ini, saya akan bersikap lebih matang dan bekerja keras untuk awak. Saya harap awak dapat melihat hasil kerja keras saya pada masa hadapan.

Makan sedap-sedap dan jumpa lagi, saya minta maaf dan terima kasih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KARINA (@katarinabluu)