Review Episod 1 dan 2 “The Impossible Heir” – Misi merampas takhta teratas bermula

“The Impossible Heir” drama terbaru Disney+ Hotstar telah pun menyiarkan episode pertamanya pada 28 Februari lepas. Bertemakan balas dendam, penuh drama dan perebutan kuasa, drama ini mengikuti kisah pewaris chaebol tidak sah taraf Kang In-Ha (Lee Jun-Young), yang bergandingan dengan rakannya Han Tae-Oh (Lee Jae-Wook) untuk mereka boleh mengawal konglomerat Kumpulan Kang Oh. Mereka kemudian bertemu dengan Na Hye-Won (Hong Su-Zu), yang mengubah keseluruhan dinamik mereka.

Episod 1 dan 2 “The Impossible Heir” memperlihatkan perkembangan watak penting dan hubungan tiga watak utama – Kang In-Ha, Han Tae-Oh dan Na Hye-Won.

Kang Tae Oh adalah seorang lelaki yang berasal dari keluarga miskin dan berantakan. Ibu kandungnya menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh bapa tirinya yang kini berada di penjara. Dia tidak mempunyai apa-apa kecuali wajah tampan dan persona yang menawan.

Kang In Ha pula ialah anak luar nikah kepada konglomerat Kang Oh Group. Perwatakannya agak  kebudak-budakan dan cukup nakal dengan orang sekeliling. Manakala, Hong Su Zu ialah seorang wanita muda miskin yang berasal dari keluarga yang berpecah belah. Ibu kandungnya seorang kaki judi dan menjadi parasit dalam hidupnya.

The Impossible Heir Episod 1: Lee Jae Wook bekerjasama dengan Lee Jun Young untuk mencapai puncak

Episod pertama “The Impossible Heir” menyaksikan bagaimana permulaan hubungan Han Tae Oh dan Kang In-Ha. Diawal episod, penonton dikejutkan di mana Han Tae Oh dilihat memegang pisau yang berdarah. Kisah itu kemudian membawa kita kembali ke masa lalu, menyelami hari-hari awal kehidupan Tae Oh.

Ayah Kang Tae Oh yang berada dipenjara mengugut untuk cuba membunuh ibunya lagi dan ini membuatkan Han Tae Oh membantu ibunya melarikan diri. Selepas pulang ke kampung halaman ibunya, Han Tae Oh bertemu dengan pewaris chaebol yang tidak sah taraf iaitu Kang In Ha.

Han Tae Oh dan Kang In Ha pada mulanya tidak mempunyai keserasian bersama. Bagaimanapun, selepas mereka berdua mengetahui latar belakang keluarga masing-masing, Han Tae Oh dan Kang In Ha menjadi rakan kongsi yang saling menguntungkan. Mereka berdua sepakat bekerjasama untuk mengambil alih Kang Oh Group.

Untuk itu, Kang In Ha menggunakan kepintaran Han Tae Oh untuk memasuki universiti berprestij demi mendapatkan jawatannya sebagai CEO konglomerat Kang Oh Group. Sementara itu, Han Tae Oh menggunakan hubungan Kang In Ha sebagai batu loncatan untuk mencapai matlamat hidupnya dan melarikan diri dari kemiskinan. Semasa mereka di universiti, mereka bertemu dengan Na Hye Won, yang mana kemudiannya mereka berdua mengembangkan perasaan.

Na Hye Won mempunyai otak yang cerdas seperti Han Tae Oh. Dia juga mempunyai cita-cita besar untuk menikmati kehidupan mewah, keluar dari kemiskinan dan melarikan diri dari keganasan yang dilakukan oleh ibu kandungnya.

Na Hye Won dan Han Tae Oh tinggal di rumah sewa yang sama. Kedua-duanya tidak mengendahkan satu sama lain walaupun mereka belajar di kampus yang sama. Melihat keakraban Kang In Ha dan Han Tae Oh, Na Hye Won tertarik untuk mendekati mereka berdua. Bagaimanapun, Na Hye Won sebenarnya mempunyai motif tersembunyi apabila mendekati mereka berdua, kerana cita-citanya untuk melarikan diri dari kemiskinan dan berada di puncak piramid kelas sosial.

Han Tae Oh dan Kang In Ha mempunyai perasaan terhadap Na Hye Won. Namun, Han Tae Oh cuba untuk menafikan perasaannya. Na Hye Won pula sebenarnya menyukai Han Tae Oh, kerana mereka mempunyai banyak persamaan. Disebabkan, Han Tae Oh tidak menunjukkan minat, Kang In Ha memutuskan untuk mengejar Kang Hye Won.

The Impossible Heir Episod 2: Lee Jae-Wook memilih Lee Jun-Young berbanding Hong Su-Zu

Dalam episod 2 drama Korea ‘The Impossible Heir’, Han Tae Oh berjaya memberikan maklum balas kepada Kang Seongju berhubung cadangan berkaitan kewangan Kumpulan Kang Oh. Rancangan Kang In Ha dan Han Tae Oh untuk memasuki dunia konglomerat semakin menghampiri kejayaan. Usaha Kang In Ha untuk memasukkan Han Tae Oh dalam urusan keluarga Kumpulan Kang Oh juga tidak sia-sia.

Pada suatu hari, Kang In Ha menerima jemputan untuk makan malam bersama keluarga Kumpulan Kang Oh atas cadangan Kang Huiju, adik tiri Kang In Ha. Bagaimanapun, Kang In Ha akhirnya pulang dengan tangan kosong sebelum makan malam kerana insiden menjengkelkan berlaku. Apa yang berlaku dikatakan Kang In Ha lah puncanya.

Ini membuatkan Kang Huiju kecewa dan memutuskan untuk melarikan diri dari rumah. Akhirnya Kang In Ha berjaya membawa Kang Huiju pulang supaya tidak menimbulkan masalah dengan keluarga. Dalam pada itu, Kang Huiju secara terbuka mengatakan bahawa dia menyukai Han Tae Oh, tetapi Han Tae Oh menolaknya serta-merta. Han Tae Oh merupakan tutor kepada Kang Huiju.

Sementara itu, Han Tae Oh pula menyaksikan Na Hye Won dikasari oleh pengutip hutang kerana ibunya meninggalkan hutang yang besar. Ketika itu Han Tae Oh memberikan jalan penyelesaian untuk berpindah ke tempat baru tetapi Na Hye Won menolak. Kang In Ha yang mengetahui masalah itu segera datang menemui Na Hye Won dan berkata dia akan memberikan bantuan untukmenyelesaikan masalah Na Hye Won.

Kang In Ha dilihat dalam aksi romantis dengan Na Hye Won kerana dia sangat menyukainya. Han Tae Oh yang menyaksikan kejadian itu keliru dengan perasaannya sendiri dan berasa sedih serta patah hati.

Pada suatu malam, Han Tae Oh bersemuka dengan Na Hye Won mengenai kejadian diserang pengutip hutang apabila dia terus tinggal bersama Kang In Ha. Han Tae Oh meminta Na Hye Won untuk tidak meninggalkannya. Namun,  Na Hye Won menyatakan bahawa tidak ada cara lain untuknya meninggalkan kehidupan hinanya selain mengejar Kang In Ha. Setibanya Han Tae Oh di rumah, Na Hye Won berubah fikiran dan mengetuk pintunya. Bagaimanapun, Han Tae Oh akhirnya memilih Kang In Ha dan rancangan mereka untuk menuju puncak kejayaan dan bukannya Na Hye Won.

Selepas kejadian itu berlalu, Han Tae Oh dan Kang In Ha mula menumpukan perhatian kepada misi utama mereka iaitu memperjuangkan takhta konglomerat. Han Tae Oh dan Kang In Ha telah menjadi sebahagian daripada   Kang Oh Group.

Tambahan:

Seiring dengan perjalanan drama ini, penonton boleh menjangkakan bagaimana arah tuju Han Tae Oh, Kang In Ha dan Na Hye Wo ke destinasi terakhir mereka.

Lee Jae Wook dilihat menyinar dalam karakternya sebagai Han Tae Oh, yang mana dia mempamerkan  kesungguhan watak, sikap dingin dan bagaimana dia menggunakan kelebihannya untuk bertindak. Sebagai anak kepada seorang pembunuh, Han Tae Oh mencari perlindungan daripada masa lalunya yang bermasalah dan bekerjasama dengan Kang In Ha untuk memasuki konglomerat terbesar Korea.

Dengan watak seperti Han Tae Oh, yang memiliki kecerdasan luar biasa dan rasional yang dingin, Lee Jae Wook cemerlang dalam menggambarkan cita-cita dan kepimpinan strategik, serta mengekalkan wajah poker sepanjang cerita.

Lee Jun Young, yang terkenal dengan kehebatannya dan karakter penjahat yang di bawakan sebelum ini, sekali lagi menyerlah sebagai Kang In Ha. Sebagai anak luar nikah yang ditinggalkan oleh konglomerat terkemuka negara, Kang Oh Group, Kang In Ha menyembunyikan keinginan yang kuat di sebalik wajah riangnya.

Dia membentuk pakatan dengan Han Tae Oh, bertujuan untuk naik ke puncak teratas.

Kang In Ha adalah satu watak yang berada dititik tengah kebaikan dan kejahatan. Walaupun kelihatan dia bergantung dan percaya pada Tae Oh, dia sentiasa menyembunyikan sisi tajamnya, dan mengawal keadaan. Kang In Ha perlahan-lahan terperangkap oleh keinginannya yang tidak pernah puas untuk mengambil alih Kumpulan Kang Oh, dan watak serta emosinya digambarkan dengan sangat baik oleh Lee Jun Young.

Hong Su Zu sebagai Na Hye Won – dia kelihatan seorang individu yang gigih dan tahu apa yang dia mahukan. Dia akanlakukan apa sahaja asal dapat memenuhi keinginannya. Cita-citanya untuk melarikan diri dari kitaran toksik terbukti, menunjukkan kecerdasan dan bersungguh-sungguh.

Jangan lupa untuk saksikan episode “The Impossible Heir” berikutnya hanya di Disney+ Hotstar.