Drama rom-com Korea terbaru “Wedding Impossible” akan bersiaran di Prime Video

Pada 7 Februari, Prime Video mengumumkan bahawa platform penstriman itu akan menyiarkan drama daripada rangkaian tvN dan Amazing Prime Video, “Wedding Impossible.” Drama yang membawakan tema komedi romantis itu  akan tersedia untuk tontonan di Prime Video di Malaysia dan negara terpilih mulai Isnin, 26 Februari. Episode baru akan dikeluarkan setiap minggu iaitu setiap Isnin dan Selasa.

“Wedding Impossible” mengisahkan seorang pelakon tidak terkenal yang bakal melangsungkan perkahwinan palsu dengan rakannya, tetapi mendapat tentangan hebat daripada bakal adik iparnya.

Jun Jong-seo akan menggambarkan pelakon Na A-jung yang tidak dikenali yang bersetuju untuk melakonkan perkahwinan palsu dengan kawan baiknya Lee Do-han (Kim Do-wan). Lee Do-han tidak mempunyai cita-cita dan tidak mengambil berat tentang menjadi pewaris chaebol, tetapi mendapati dirinya dalam situasi di mana dia memerlukan sebuah perkahwinan palsu. Sebaliknya, adik lelakinya Lee Ji-han (Moon Sang-min) penuh dengan cita-cita dan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan abangnya pengganti konglomerat keluarga itu.

Perkahwinan itu akan menggagalkan rancangan Ji-han untuk abangnya. Dek kerana terdesak, dia akan melakukan apa sahaja untuk menghalang perkahwinan itu. Pastinya ia akan menjadi pertempuran antara A-jung, yang berazam untuk berkahwin dan memainkan peranan paling penting sepanjang hidupnya, dan Ji-han, yang mahu menghalang perkahwinan mereka dengan apa cara sekalipun.

“Wedding Impossible” dibintangi oleh Kim Do-wan yang pernah membintangi drama “Doona!”, dan “Start-Up” sebagai Lee Do-han, serta Moon Sang Min yang sebelum ini membintangi drama “Duty After School” dan “Under The Queen’s Umbrella” sebagai Lee Ji-han. Sementara itu, Jun Jong Seo yang terkenal dengan peranannya dalam siri yang memenangi Festival Siri Antarabangsa Cannes 2023 Bargain, serta filem “Burning” dan “Nothing Serious” akan membawakan watak Na A-jung.

Siri ini diarahkan oleh Kwon Young-il yang pernah mengarahkan “Doom at Your Service”, “My Unfamiliar Family”, dan banyak lagi. Jangan ketinggalan untuk tonton “Wedding Impossible” di Prime Video pada 26 Februari 2024.

Prime Video

Pelanggan Prime Video di Malaysia dan 240 negara serta wilayah di seluruh dunia juga boleh menstrim “My Man Is Cupid”, “Marry My Husband”, “Death’s Game”, “BTS: Yet to Come”, “The Kidnapping Day”, “The Killing Vote”, “Tale of The Nine Tailed 1938”, “Jinny’s Kitchen” serta beribu-ribu rancangan dan filem lain yang tersedia di katalog Prime Video.

Menerusi aplikasi Prime Video, para pelanggan juga boleh memuat turun episod pada peranti mudah alih dan tablet mereka dan menonton di mana-mana di luar talian tanpa kos tambahan. Prime Video boleh dilanggan di Malaysia dengan bayaran pada hanya RM25 sebulan dan ada akan dapat menikmati pelbagai hiburan yang terbaik tanpa henti dan tanpa sempadan.

loading...