WeTV hadirkan rancangan baharu 2024 yang berkualiti dan menarik untuk para pelanggannya

Tencent Video atau dikenali sebagai  pinyin di China merupakan tapak web penstriman video Cina yang dimiliki oleh Tencent dan turut mengendalikan diperingkat antarabangsa dan dikenali sebagai WeTV.

Platform penstriman antarabangsa WeTV, semakin mengorak langkah ke hadapan apabila menawarkan kandungan yang berkualiti, lebih menarik dan lebih menghiburkan kepada penontonnya. Tidak hanya itu platform itu juga turut merekodkan pertumbuhan sebanyak 20% untuk hasil langganannya dalam 2023.

Untuk pengetahuan, WeTV terutamanya WeTV Malaysia menyajikan pelbagai kandungan drama, filem, anime dan variety show terbaik dari pelbagai negara di Asia, termasuklah drama siri dan filem tempatan, siri original Indonesia, drama Cina, drama Korea, drama Jepun , dan lain-lain dengan majoritinya disediakan dalam sari kata Bahasa Melayu.

Menyusul kejayaan pada 2023, WeTV, siap sedia untuk mengukuhkan lagi jenamanya di Asia Tenggara dengan menyajikan rancangan baharu dan menarik untuk memikat hati penonton serantau.

Kaichen Li, Ketua WeTV berkata, “Kejayaan dan pencapaian WeTV pada 2023 memberi kami beberapa sebab untuk kami berasa teruja dengan tahun yang akan datang. Pada tahun 2024, kerjasama kami, karya original yang telah memenangi anugerah dan perkongsian strategik akan mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam platform penstriman, sekaligus membolehkan kami menyampaikan kandungan yang lebih bermakna dan penting dari segi budaya kepada penonton kami di seluruh Asia Tenggara.”

WeTV Memulakan 2024 Dengan CHUANG ASIA & WeTV Original Serba Baharu

WeTV melancarkan rancangan survival Idol yang dinanti-nantikan – CHUANG ASIA pada 3 Februari 2024. Rancangan ini yang menampilkan bintang pop antarabangsa Jackson Wang sebagai Mentor Utama, di samping personaliti terkemuka Thailand; TEN, Jeff Satur, Mike Angelo dan Nene Pornnappan sebagai rakan mentor. Berikutan kejayaan luar biasa CHUANG Video Tencent (Edisi China), yang menjangkau empat musim dan mendapat perhatian ramai daripada penonton di seluruh Asia, CHUANG Asia bersedia untuk menawan penonton melalui kerjasama dengan syarikat hiburan terkemuka di seluruh Asia, seperti Have Fun Media , RYCE Entertainment, one31, GMMTV dan 4Venture di bawah rangkaian 411 Entertainment.

CHUANG ASIA menyaksikan 70 calon idol yang bercita-cita tinggi untuk menjalani latihan dan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan tempat dalam kumpulan gadis yang akan memulakan debutnya dengan 9 ahli. Penonton tayangan perdana CHUANG ASIA di WeTV melebihi tontonan CHUANG 2021, dan ia menunjukkan peningkatan populariti rancangan itu di rantau ini.

Untuk pengetahuan, dua peserta dari Malaysia iaitu Aun Aun dan Elyn akan bersaing dikalangan 70 calon idol CHUANG ASIA. Penonton boleh menyaksikan rancangan ini secara langsung pada setiap Sabtu jam 10.30 PM MYT di platform WeTV.

Selain itu, dengan kandungan WeTV Originals yang serba baharu, penonton WeTV juga boleh menonton barisan drama Cina yang dinanti-nantikan pada tahun 2024, termasuk “Lost You Forever Musim 2”, “Amidst a Snowstorm of Love” (yang telah mula ditayangkan pada 2 Februari), “The Rise of Ning”, “Love Has Fireworks”, “Guardians of the Dafeng”, “The Guide to Capturing a Black Lotus”, “Best Choice Ever” dan “There Is A Lover in My Hometown.”

Ringkasnya, barisan WeTV Asia Tenggara pada tahun 2024 adalah lebih besar, lebih baik dan lebih menghiburkan berbanding sebelum ini!

Sekilas WeTV pada 2023

WeTV mencatat kejayaan pada tahun 2023 diperingkat Asia Tenggara, apabila pelakon terkenal China Zhao Lusi dan Xu Kai dinamakan sebagai Duta Jenama Global WeTV, sekaligus menambahkan beberapa selebriti popular bertaraf A-list ke pasaran Asia Tenggara.

Siri drama fiksyen-percintaan sejarah “Love Like The Galaxy” lakonan Zhao Lusi dan Leo Wu, terbukti menjadi pemecah rekod, apabila memperoleh tontonan penstriman sehari tertinggi untuk Drama Cina di WeTV pada tahun 2022, dengan lebih 200 juta tontonan. Manakala filem percintaan fiksyen terbaru lakonan Xu Kai disamping Esther Yu, “Sword dan Fairy” menduduki #1 pada carta masa nyata di Twitter pada hari pengumuman tayangan perdananya di WeTV. Ia juga mengungguli carta Hot 10 WeTV di Amerika Syarikat, Kanada, Malaysia, Korea Selatan, Vietnam, United Kingdom, Singapura dan beberapa negara lain.

Dalam pada itu, WeTV telah bekerjasama dengan Astro, sebuah syarikat penyiaran Malaysia yang menyediakan perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia. Jadi pelanggan Astro sekarang dapat menikmati hiburan WeTV dengan menambah langganan WeTV VIP dengan bayaran bulanan RM10.50 (harga runcit: RM11.90). Dengan menjadi ahli WeTV VIP, pelanggan dapat mengakses pelbagai rancangan melalui Ultra Box, wetv.vip, dan aplikasi mudah alih WeTV.

Keahlian WeTV VIP memberikan pelanggan akses awal kepada kandungan terkini dan eksklusif, membolehkan mereka melangkau iklan untuk pengalaman penstriman yang lebih lancar, dan menonton rancangan kegemaran mereka pada dua peranti yang berbeza pada masa yang sama.

Jika berminat, pelanggan boleh melanggan WeTV melalui www.astro.com.my/WeTV untuk mendapatkan penjimatan yang lebih baik dan mengakses aplikasi tersebut pada Ultra Box mereka untuk menikmati kandungan Asia di skrin televisyen mereka.

Selain itu, WeTV turut bekerjasama dengan MyRepublic dari Indonesia iaitu penyedia perkhidmatan internet gentian optik dan TV langganan yang menyediakan penyelesaian untuk keperluan internet dan hiburan rakyat Indonesia. Kedua-dua kerjasama itu meningkatkan kadar penerokaan WeTV di kedua-dua negara, sekaligus meningkatkan jumlah asas langganan, dan juga membantu mengukuhkan kedudukan WeTV sebagai penyedia hiburan berkualiti di Asia Tenggara.

Kami akan sentiasa berusaha untuk terus berkembang diperingkat global dengan menawarkan kandungan yang berkualiti tinggi. Kami berterima kasih atas kepercayaan penonton dan rakan kongsi kami terhadap WeTV. Kami akan sentiasa tetap berdedikasi kepada misi kami untuk menyediakan pengalaman hiburan yang luar biasa dan memupuk hubungan bermakna dengan penonton kami.

– Kaichen Li, Ketua WeTV

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan pelbagai kandungan menarik di WeTV terutamanya di WeTV Malaysia.

loading...