Seo In Guk dan Park So Dam kongsi kesukaran yang dialami sepanjang penggambaran ‘Death’s Game’

Dalam sesi penggambaran dan temu bual terbaru untuk majalah Elle Korea, Seo In Guk dan Park So Dam bercakap mengenai drama Korea terbaru mereka berjudul ‘Death’s Game’.

Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Death’s Game” mengisahkan seorang lelaki yang mendapat lebih daripada satu peluang kedua untuk hidup selepas berdepan dengan kematian. Park So Dam akan memainkan peranan sebagai Death, yang menghukum seorang lelaki bernama Choi Yi Jae (Seo In Guk) kepada 12 kitaran hidup dan mati.

Dalam temu bual selepas penggambaran mereka, Park So Dam mengimbas kembali keterujaannya apabila dia menyertai drama itu, dengan menyatakan keterujaannya.

Ia adalah genre yang saya selalu ingin cuba. Terdapat elemen dalam drama yang tidak dapat diungkapkan melalui pembacaan skrip, jadi kami sentiasa membayangkan bagaimana produk akhir akan kelihatan selepas pasca produksi semasa kami menjalani penggambaran. Saya rasa itu yang paling sukar dan paling menarik dalam penggambaran drama ini.

– Park So Dam

Sementara itu, Seo In Guk turut berkongsi pengalamannya.

Secara peribadi, saya sangat menikmati cerita berkaitan ‘time-loop’ (sesuatu peristiwa yang akan sentiasa berulang). Sebagai seorang pelakon, saya sangat teruja dengan hala tuju baharu ini, dan saya gembira kerana dapat mengambil bahagian dalam drama itu.

Kedua-dua pelakon itu juga saling memuji satu sama lain, yang mana Seo In Guk memuji kehadiran Park So Dam dan watak uniknya yang memainkan peranan yang sukar sebagai ‘Death’.

Meskipun watak yang dilakonkan serupa dengan watak dalam webtoon asal, aura So Dam sangat luar biasa sehingga saya rasa Death di webtoon dan Death dalam drama wujud secara berasingan.

– Seo In Guk

Park So Dam turut melahirkan rasa kagum dengan lakonan Seo In Guk sebagai Choi Yi Jae.

Pada hari pertama bacaan skrip pertama kami, saya sangat kagum sehingga saya terus memandangnya. Kerana dia benar-benar seperti Yi Jae yang saya bayangkan dalam fikiran saya. Hingga saya terfikir, ‘Saya belum dapat menyediakan sebanyak itu lagi [untuk peranan saya]. Bila dia mempunyai masa untuk membuat persediaan yang begitu baik?

– Park So Dam

“Death’s Game” akan ditayangkan pada 15 Disember menerusi TVING. Turut membantu menjayakan drama ini adalah Go Youn Jung dan Kim Ji Hoon. Manakala drama ini akan dimeriahkan dengan kemunculan istimewa beberapa pelakon hebat lain seperti Lee Do Hyun, Sung Hoon, Jang Seung Jo, Lee Jae Wook, Choi Si Won, Kim Jae Wook, Yoo In Soo, Kim Kang Hoon dan Oh Jung Se.

 

Tonton treler utama untuk drama di bawah!

Sumber : 1

loading...