Lee Seung Gi & Lee Da In bakal terima kehadiran cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi

Nampaknya Lee Seung Gi dan isteri, Lee Da In akan menjadi ayah dan ibu tidak lama lagi.

Dilaporkan Lee Da In sedang mengandungkan anak pertamanya dengan Lee Seung Gi. Berita ini telahpun disahkan oleh agensinya 9 Ato menerusi satu kenyataan rasmi.

Dengan penuh rasa gembira kami bawakan kepada anda berita yang menggembirakan ini tentang bermulanya perjalanan baharu untuk Lee Da In menjadi seorang ibu. Dia begitu teruja dan bersyukur menerima fasa kehidupan baharu ini yang akan mengembangkan lagi keluarga baharunya. Lee Da In dijangka melaporkan bayi pertamanya pada Februari tahun depan. akan berkembang dalam Februari tahun depan.

Pelakon itu akan lebih menumpukan  pada kesihatan dan kesejahteraannya sepanjang Fasa kehamilan ini. Kami berharap sokongan, doa serta kasih sayang berterusan dari anda terhadap Lee Da In dan fasa-fasa kebahagiaannya yang akan datang.

Lee Da In mendedahkan percintaannya secara terbuka dengan penyanyi dan pelakon Lee Seung Gi pada 24 Mei 2021. Keduanya kemudian melangsungkan perkahwinan pada April 2023 dan setelah 7 bulan melayari kehidupan bahagia sebagai suami isteri, kini mereka berkongsi berita yang begitu gembira apabila mereka akan menjalani fasa keibubapaan tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, Lee Da In sedang menjalani penggambaran untuk drama ‘My Dearest’ yang sedang ditayangkan dirangkaian MBC. Penggambaran masih lagi di jalankan sehingga tamat siaran. Bagaimanapun, bahagian peribadi Lee Da In dilaporkan berada di peringkat akhir.

Tahniah kami ucapkan pada Lee Seung Gi dan Lee Da In.

Sumber : 1 | 2

loading...