Yoo Jae Suk, Cha Tae Hyun, Jennie, & Lee Jung Ha bergabung untuk siri variety show terbaru tvN

Nampak meriah barisan ahli variety show terbaru tvN ini. Dah ada Yoo Jae Suk dan Cha Tae Hyun, ditambah pula dengan kehadiran Jennie Blackpink dan Lee Jung Ha.

Menurut laporan media pada 5 Oktober KST, Jennie BLACKPINK dan pelakon drama ‘Moving’ Lee Jung Ha telah menyertai barisan peserta variety show tvN baharu yang akan datang.

‘Apartment 404’ (tajuk kerja) ialah program variasi berasaskan misi baharu oleh PD Jung Chul Min yang sebelum ini menghasilkan ‘Running Man’, ‘Village Survival, the Eight’ dan ‘Sixth Sense’. Jung Chul Min PD sekali lagi memutuskan untuk bekerjasama dengan Yoo Jae Suk untuk projek baharunya, disamping turut membawa bintang serba boleh Cha Tae Hyun.

Berdasarkan laporan media, Jennie akan bersatu semula dengan PD Jung Chul Min dan Yoo Jae Suk buat kali pertama dalam tempoh 5 tahun, selepas bekerjasama di rancangan ‘Village Survival, the Eight’. Di samping itu, pelakon baru yang sedang meningkat naik Lee Jung Ha, yang membintangi drama Disney+ ‘Moving’ bersama Cha Tae Hyun turut akan mengambil peranan pertamanya dalam variety shows sejak penampilan sulungnya.

‘Apartment 404’ kini sedang merekrut pelbagai tetamu untuk penggambaran yang dijadualkan. Ia dijangka disiarkan pada separuh pertama 2024.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...