Kembali ke Malaysia secara solo, Lee Junho tidak sabar untuk ubati kerinduan peminatnya November ini

Lee Junho 2PM a.k.a Gu Won Oppa yang kacak akhirnya akan datang ke Malaysia untuk bertemu dengan peminatnya di negara ini.

Kehadiran Junho, yang merupakan salah seorang boygroup K-Pop generasi kedua yang terkenal, 2PM ke Malaysia sangat dinanti-nantikan oleh peminatnya. LEE JUNHO 1st FANMEETING <JUNHO THE MOMENT 2023> IN KUALA LUMPUR yang dianjurkan oleh iMe MY, akan diadakan di Mega Star Arena, KL pada 18 November 2023 (Sabtu) pada jam 5 petang. Ini juga merupakan siri jelajah pertemuan peminat solo pertama bintang itu sejak debutnya!

Untuk makluman juga, Junho pernah mengunjungi Malaysia bersama ahli kumpulannya pada 2011 sempena 2PM HANDS UP ASIA TOUR LIVE IN MALAYSIA. Jadi kali ini, Junho kembali menjejakkan kaki ke Malaysia secara solo dalam tempoh 12 tahun untuk menemui peminatnya di sini. Pasti, kunjungannya kali ini dinanti peminatnya yang tidak sabar untuk melihat Junho secara dekat.

Lee Junho memulakan kerjaya sebagai ahli 2PM pada tahun 2008, sebagai vokalis dan penari utama kumpulan itu. 2PM mula  mendapat perhatian ramai menerusi lagu debut mereka “10 Out of 10” . Kumpulan ini terus mengecap populariti dengan single “Again & Again” pada tahun 2009. Lee Junho juga telah mengambil bahagian dalam menulis dan mengarang lebih 108 lagu, termasuk “Hands Up dan “Give It To Me”.

Bakat Lee JunHo tidak terhenti di situ sahaja. Dia mencabar dirinya sendiri dengan berlakon di skrin besar buat kali pertama pada 2013 dengan <Cold Eyes>, di mana kemampuan lakonannya berjaya mencuri perhatian penonton. Sejak itu, dia mula aktif dalam industri lakonan, malah melakarkan lagi satu pencapaian apabila membintangi drama komedi pejabat yang popular <Good Manager> dengan membawakan watak antagonis. Junho mendapat pujian kerana mempamerkan lakonan yang mengagumkan menerusi peranan yang diberikan.

Selepas kembali daripada menjalani khidmat tentera wajibnya pada 2021, Lee Junho membintangi drama percintaan bersejarah <The Red Sleeve>. Selain mendapat “Anugerah Kecemerlangan Terbaik”, drama hit lakonannya itu turut menyapu bersih 8 anugerah lain di Anugerah Drama MBC 2021. Selain itu, Junho juga merupakan pelakon idol pertama yang memenangi “Pelakon Terbaik – Televisyen di Anugerah Seni Baeksang ke-58”. Popularitinya mula melonjak sejak itu dan terus menjadi perhatian serta bualan ramai dengan drama terbarunya <King The Land> sebagai Gu Won, anak kepada keluarga chaebol yang digambarkan sebagai seorang lelaki yang bijak, tampan dan bergaya. Bukan sahaja peranannya sebagai Gu Won menjadi perhatian ramai, malah gandingannya disamping Yoona cukup serasi sehingga berjaya menawan hati ramai penonton.

Siri lawatan pertemuan peminat solo pertama Lee Junho akan bermula di Taiwan, dan akan membawanya merentasi lapan bandar Asia termasuk Macau, Manila, Kuala Lumpur, Jakarta, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Tiket untuk LEE JUNHO 1st FANMEETING <JUNHO THE MOMENT 2023> DI KUALA LUMPUR akan mula dijual pada 25 September (Isnin) bermula jam 11 pagi menerusi laman sesawang https://my.bookmyshow.com/. Sila pastikan anda membeli dan mendapatkan tiket hanya melalui bookmyshow.com bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Harga tiket dijual seperti berikut : RM888 (VIP), RM788 (PS1) RM688 (PS2), RM488 (PS3) dan RM288 (PS4). Harga yang dinyatakan tidak termasuk yuran pengendalian RM4. Peminat hanya boleh memberi 4 tiket untuk setiap transaksi pembelian.

Pemegang tiket akan berpeluang menerima faedah peminat seperti peluang bergambar dengan Lee Junho, Send Off, Limited Edition Signed Poster, Lanyard dan Laminate, Photo Card and Postcard.

Untuk butiran lanjut mengenai LEE JUNHO 1st FANMEETING <JUNHO THE MOMENT 2023> DI KUALA LUMPUR , sila nantikan kemaskini di media sosial rasmi iMe MY. [Facebook, Twitter, Instagram].