Tahniah. Pelakon Yoon Park dah kahwini model Kim Soo Bin

Yoon Park dan model Kim Soo Bin secara rasmi telah melangsungkan perkahwinan.

Pada 2 September, Yoon Park (36) dan model YG KPlus Kim Soo Bin (30) telah berkahwin di sebuah majlis tertutup di Seoul dengan hanya dihadiri keluarga dan kawan rapat. Pelakon Kwak Dong Yeon telah ditugaskan menjadi hos majlis, manakala penyanyi John Park dan 2AM telah mempersembahkan nyanyian merdu mereka bagi meraikan pasangan pengantin.

Selepas majlis perkahwinan mereka, Yoon Bak dan Kim Su Bin berkongsi foto dan video yang diambil oleh rakan mereka semasa majlis itu di IG Story mereka.

Kim Su Bin juga menulis, “Terima kasih kepada semua tetamu yang meluangkan masa berharga untuk datang meraikan perkahwinan kami serta semua  yang menghantar ucapan tahniah dari jauh. Kami akan jalani hidup dengan baik tanpa melupakan hakikat betapa bersyukur dan bertuahnya kami.”

Jom tengok beberapa gambar dari majlis tersebut dan sesi foto perkahwinan mereka di bawah!

Agensi perancang perkahwinan mereka, LACIEL turut berkongsi gambar pasangan berikut dari gambar perkahwinan mereka:

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin yang sama cantik, sama padan ini.!

Sumber : 1

loading...