Mengambil kira bakal isteri bukan selebriti, majlis perkahwinan itu akan diadakan secara tertutup di suatu tempat di Seoul. Kami harap anda semua faham akan situasi ini dengan tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai majlis tersebut.
Kami amat berterima kasih kepada ramai orang yang sentiasa menyokong dan menyayangi pelakon Kim Dong Wook, dan kami akan berterima kasih jika anda boleh menghantar mesej ucapan tahniah kepada Kim Dong Wook, yang kini dalam perjalanan untuk menempuh fasa baru dalam kehidupannya.
Sebagai balasan atas sokongan dan kasih sayang anda, Kim Dong Wook akan bekerja dengan lebih keras untuk menjadi pelakon yang lebih baik di masa hadapan.
Terima kasih.