Woollim Entertainment umum Alex tinggalkan DRIPPIN dan agensi itu

Pada 28 Julai, Woollim Entertainment telah mengumumkan Alex akan meninggalkan DRIPPIN dan syarikat itu.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikongsi oleh syarikat itu kepada pelbagai media, Woollim Entertainment berkongsi pemergian Alex daripada DRIPPIN dan penamatan kontraknya. Menurut agensi itu, keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan untuk kerjaya masa depan Alex selepas perbincangan yang teliti dengan ahli dan ibu bapanya.

Helo, ini Woollim Entertainment.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah menunjukkan kasih sayang dan sokongan yang berterusan mereka kepada artis kami. Kami ingin berkongsi kedudukan rasmi kami mengenai masa depan ahli DRIPPIN, Alex.

Kami telah berbincang dengan Alex untuk masa yang lama mengenai kerjaya dan matlamat peribadinya.

Selepas mengambil pertimbangan yang sewajarnya dengan syarikat kami dan ibu bapanya, Alex telah memutuskan untuk menamatkan aktivitinya sebagai ahli DRIPPIN dan menamatkan kontrak eksklusifnya dengan kami.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Alex kerana berada bersama syarikat kami dan kami akan menghargai setiap detik yang kami kongsi dengan Alex dan menyokong usaha masa depannya.

Di samping itu, DRIPPIN akan terus akan terus dipromosikan sebagai kumpulan dengan 6 ahli untuk aktiviti masa depan mereka.

Sila teruskan beri kasih sayang dan sokongan untuk DRIPPIN. – Woollim Entertainment

DRIPPIN yang dianggotai oleh Alex, Changuk, Dongyun, Hyeop, Junho, Minseo, dan Yunseong mula debut pada Oktober 2020.  Namun, Alex telah berehat daripada aktiviti promosi sejak Januari tahun ini kerana kesihatannya yang kurang baik. Pada bulan April, DRIPPIN mengeluarkan album single ke-3 mereka ‘Seven Sins’ dengan 6 ahli memandangkan Alex masih lagi dalam tempoh berehat.

Kami ucapkan selamat maju jaya buat Alex.

Sumber : 1 |

loading...