Menang tuntutan saman, kini 12 ahli LOONA bebas dari cengkaman BlockBerry Creative

Kesemua 12 ahli LOONA dilaporkan memenangi tuntutan mahkamah dan berjaya menamatkan kontrak dengan Blockberry Creative.

Pada 16 Jun, Seoul Kyungjae melaporkan bahawa semasa perbicaraan yang diadakan hari ini, Bahagian Sivil ke-5 Mahkamah Tinggi Seoul memutuskan memihak kepada lima ahli LOONA yang masih ada yang telah memfailkan injunksi untuk penggantungan kesahihan kontrak eksklusif mereka dengan BlockBerryCreative.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah menganggap terdapat isu dengan pemindahan kontrak eksklusif Blockberry kepada agensi Jepun Universal Japan tanpa kebenaran bertulis ahli ahli.

Dengan keputusan ini, HaSeul, YeoJin, Yves, Olivia Hye dan Go Won kini telah meninggalkan Blockberry Creative.

Berikutan penyingkiran Chuu daripada LOONA lewat November lalu, sembilan ahli kumpulan itu (tidak termasuk ViVi dan HyunJin) memfailkan injunksi memohon untuk menggantung kontrak mereka dengan BlockBerryCreative. Empat ahli kumpulan itu (HeeJin, Kim Lip, JinSoul, Choerry) telah memenangi saman mereka pada bulan Januari. Lima ahli yang selebihnya (HaSeul, YeoJin, Yves, Go Won, Olivia Hye) bersetuju dengan perjanjian tambahan yang dicadangkan oleh BlockBerryCreative pada akhir tahun 2021 dan disebabkan itu, mereka tidak dapat menggantung kontrak mereka pada masa yang sama.

Pada bulan Februari, ViVi dan HyunJin LOONA mengikut jejak langkah ahli yang lain dengan memfailkan injunksi memohon kesahihan kontrak eksklusif mereka dengan BlockBerryCreative digantung. Awal minggu ini, kedua-duanya menandatangani kontrak dengan CTDENM (CityD Entertainment & Media)., sebuah agensi baharu yang diasaskan oleh Yoon Do Yeon, bekas pengarah bahagian perancangan BlockBerryCreative dan kakitangan SM Entertainment.

Selepas memenangi tuntutan mahkamah mereka, HeeJin, Kim Lip, JinSoul, dan Choerry menandatangani kontrak dengan Modhaus pada bulan Mac. Mereka kini sedang bersiap sedia untuk projek ARTMS mereka, dan turut termasuk dengan kemunculan semula unit ODDEYECIRCLE yang digemari oleh LOONA.

Pada bulan April, Chuu menandatangani kontrak eksklusif dengan ATRP, sebuah agensi baharu yang diasaskan oleh Kim Jin Mi, bekas pengarah besar WM Entertainment yang pernah bekerja dengan B1A4, Oh My Girl dan ONF.

Selepas pemergian mendadak Chuu yang pertama pada November tahun lalu, ahli lain, termasuk HeeJin, Kim Lip, JinSoul, Choerry, HyunJin, dan ViVi, juga berjaya meninggalkan Blockberry. Semoga mereka dapat memulakan kembali kerjaya mereka sebaiknya.

Sumber : 1 | 2

loading...