Viu Malaysia lancar siri komedi – ‘Journal Sarahaeyo’, serlahkan gabungan fandom K-Pop dan kisah cinta

KUALA LUMPUR, 19 Mei 2023 – Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka, meneroka dunia fandom K-Pop dan kisah cinta melalui siri terbaharunya, Journal Sarahaeyo. Episod pertama siri komedi romantik ini akan disiarkan pada 19 Mei 2023, dengan episod baru disiarkan pada setiap hari Jumaat berikutnya. Untuk pengetahuan anda semua, penggambaran siri ini di jalankan di beberapa lokasi di Korea Selatan dan juga Malaysia. 

Kingsley Warner, Pengurus Negara, Viu Malaysia berkata, “Siri komedi ini sangat istimewa memandangkan ia dihasilkan oleh dua penerbit berbakat, Khalisa Afendi dari Produksi MsOrange Solutions Creative di Malaysia dan Jade dari Produksi Blimey di Korea Selatan, dengan penggambaran dijalankan di kedua-dua negara. Dengan menggabungkan bakat dan kreativiti kedua-dua penerbit, siri ini mampu menawarkan pengalaman menonton yang unik, pada masa sama mengetengahkan tarikan kedua-dua negara dan meneroka tema tentang mencari cinta.”

Andi Bernadee, Adriana Adnan, Alisya Rashid, Arena Wan and Alvin Chong disidang media

Siri ini menceritakan tentang Sara, seorang pelajar universiti yang sangat meminati K-drama dan K-pop. Sara baru sahaja memulakan tahun akhir pengajiannya dan menulis satu jurnal tentang harapan dan impian dirinya untuk ke Korea dan mencari “Oppa”. Apabila dia ditugaskan untuk menguruskan lawatan universitinya ke Korea, Sara melihat ini sebagai peluang untuk mengejar impiannya. Walau bagaimanapun, dia menghadapi cabaran tersendiri apabila ramai orang cuba melemahkan semangatnya, bahkan turut dimalukan oleh satu akaun Twitter yang tidak dikenali. Walaupun demikian, dia tetap berusaha keras untuk mencapai impiannya dengan sokongan abangnya, Saif, dan rakan-rakannya, Raf dan Layla.

Watak Sara dimainkan oleh Arena Wan, pelakon berbakat yang semakin meningkat naik, yang pernah dinobatkan sebagai Dewi Favourite dalam Pertandingan Dewi Remaja 2018/2019. Beliau menerima pengiktirafan untuk watak yang dimainkan dalam siri popular, SMK Season Two (2020), yang membuka jalan kepada beliau untuk membintangi satu drama terbitan Astro Prima. Dengan persembahan mengagumkan, beliau juga telah membintangi beberapa drama Melayu yang diminati ramai, termasuklah Jujurlah Nikahi Aku (2020), Hati Yang Dikhianati (2021), dan Viu Original She Was Pretty (2022).

Dari kiri : Aniq Suhair, Arena Wan dan Alisya Rashid

Watak Raf dimainkan oleh Aniq Suhair, yang memulakan karier dalam industri hiburan setelah dinobatkan sebagai Hero Favourite dalam Pertandingan Hero Remaja 2019/2020. Sejak itu, beliau telah berlakon dalam pelbagai drama, termasuk Kebaya Kasut Kanvas (2020) dan Lelaki Lingkungan Cinta (2020). Watak terkini yang dilakonkan beliau dalam satu siri drama terbitan Astro Ria iaitu Kampung People Three (2022) telah menonjolkan beliau sebagai seorang pelakon serba boleh.

Alvin Chong pula memegang watak Han. Alvin memulakan kerjaya beliau dalam industri hiburan tempatan sebagai pelakon. Antara siri drama lakonan beliau yang digemari ramai termasuklah Suri Hati Mr. Pilot (2016), Hantu Judi (2018), Takdir Yang Tertulis (2021), dan Viu Original She Was Pretty (2022). Alvin memainkan watak beliau sebagai Ashraff dengan jayanya sehingga memenangi anugerah Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Televisyen Asia Ke-27 (ATA27).

Melengkapkan lagi siri drama Journal Sarahaeyo ialah Alisya Rashid, yang memegang watak Layla. Alisya merupakan pempengaruh gaya hidup yang popular dengan perkongsian pengalaman dan kehidupan seharian beliau di YouTube dan Instagram. Sebelum menjadi pempengaruh media sosial, Alisya Rashid merupakan pelakon suara kanak-kanak untuk siri Boboiboy. Dengan menumpukan kepada kandungan bertemakan fesyen, kecantikan dan gaya hidup, Alisya semakin diikuti ramai dan banyak bekerjasama dengan jenama-jenama terkemuka di Malaysia. Personaliti beliau yang disenangi ramai dan gaya beliau yang unik terus memberi inspirasi kepada peminat di seluruh dunia, menjadikan beliau antara suara paling berpengaruh dalam generasinya.

YouTuber Korea – Blimey

Journal Sarahaeyo yang dibawakan khas oleh Vivo V27 ini bukan sahaja menampilkan jalan cerita yang menarik dan barisan pelakon yang berbakat, tetapi juga menampilkan runut bunyi asli yang luar biasa bertajuk In My Head, diterbitkan oleh kumpulan penerbitan muzik pop dan penulis lagu nombor satu Malaysia serta dipersembahkan oleh Arena Wan. 

Penonton Viu boleh menonton Journal Sarahaeyo dan ikuti perjalanan Sara mencari Oppa di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery, TV pintar terpilih dan juga laman web www.viu.com

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau layari www.viu.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.

Jom tonton trailer Journal Sarahaeyo di bawah:

loading...