Agensi JAY B GOT7 telah mengesahkan perpisahannya dengan PURE.D. Nampaknya setakat ini saja perjalanan kisah cinta mereka.
Pada 10 Februari, agensi JAY B; CDNZA Records berkongsi dengan Newsen, “JAY B dan PURE.D telah putus. Dalam menumpukan perhatian pada kerja mereka sendiri, mereka secara semula jadi berkembang berasingan dan telah memutuskan untuk kekal sebagai rakan sekerja yang baik.”
JAY B dan PURE.D, artis kesan khas dan YouTuber, mula bercinta pada penghujung 2020 dan mengesahkan hubungan mereka pada Julai lalu.
Sumber : 1