Netflix “Gyeongseong Creature” lakonan Park Seo Joon dan Han So Hee akan dilanjutkan untuk Musim 2

Biarpun belum lagi bermula tayangan perdana untuk musim pertama, tetapi  “Gyeongseong Creature” akan ada sambungannya.

Pada 3 November, dilaporkan bahawa “Gyeongseong Creature” telah disahkan untuk musim baharu dan penggambaran akan bermula awal tahun depan.

Sebagai tindak balas kepada laporan tersebut, Netflix mengulas, “‘Gyeongseong Creature 2’ sedang dihasilkan. Jadual penggambaran masih belum diputuskan.” Memandangkan Musim 1 “Gyeongseong Creature” masih belum ditayangkan, pengesahan Musim 2 membuktikan keyakinan yang besar dalam produksi, sekaligus meningkatkan lagi jangkaan untuk drama thriller yang akan datang ini.

“Gyeongseong Creature” berlatarkan zaman gelap musim bunga pada tahun 1945. Ia adalah drama thriller tentang dua orang anak muda yang berhadapan dengan seekor makhluk dan berjuang untuk terus hidup. Skripnya ditulis oleh Kang Eun Kyung dari “Dr. Romantic Series” dan diarahkan oleh Jung Dong Yoon dari “Stove League.” Drama ini akan dibintangi oleh dibintangi oleh Park Seo Joon, Han So Hee, Claudia Kim, Kim Hae Sook, Jo Han Chul dan Wi Ha Joon.

Musim pertama “Gyeongseong Creature” akan ditayangkan pada tahun 2023.

Sumber : 1 | 2

loading...