Konflik yang berterusan, BlockberryCreative tuntut Chuu hentikan semua aktiviti hiburannya

Nampaknya konflik antara Chuu, bekas ahli kumpulan gadis LOONA dan agensinya BlockberryCreative menunjukkan tanda-tanda ianya akan berterusan. Terbaru, BlockBerryCreative telah menyerahkan petisyen meminta untuk menggantung aktiviti hiburan Chuu.

Pada 1 Februari, Persatuan Pengurusan Hiburan Korea mendedahkan bahawa agensi LOONA, BlockBerryCreative telah menyerahkan petisyen pada Disember tahun lepas, meminta penggantungan aktiviti hiburan Chuu.

Dalam permintaan mereka, BlockBerryCreative dilaporkan mendakwa bahawa tindakan yang diambil Chuu untuk menandatangani kontrak baharu dengan BY4M STUDIO pada tahun 2021 adalah “mengganggu” (tindakan membuat pra-hubungi sebelum tamat tempoh kontrak) yang merupakan pelanggaran pengurusan kontrak.

Sebagai tindak balas, Jawatankuasa Ganjaran dan Hukuman Persatuan Pengurusan Hiburan Korea meminta kehadiran Chuu, dan wakil undang-undang Chuu dilaporkan menyatakan hasrat mereka pada 1 Februari untuk menghadiri jawatankuasa itu. Wakil itu menjelaskan bahawa Jawatankuasa Ganjaran dan Hukuman meminta kehadiran Chuu untuk mengesahkan fakta mengenai tuntutan BlockBerryCreative dan mereka akan menyiasat kes itu secara adil.

Berikutan laporan itu, sumber dari BlockBerryCreative mengesahkan bahawa mereka telah mengemukakan petisyen terhadap Chuu dan mereka juga akan mengemukakan petisyen terhadap HeeJin, Kim Lip, JinSoul, dan Choerry.

Pada November tahun lalu, BlockBerryCreative mengumumkan penyingkiran Chuu daripada LOONA, dengan menyatakan penggunaan “bahasa ganas dan penyalahgunaan kuasa” terhadap seorang kakitangan sebagai alasan mereka. Chuu sejak itu bersuara untuk menafikan secara peribadi dakwaan agensi itu. Ia juga dilaporkan pada 13 Januari bahawa HeeJin, Kim Lip, JinSoul, dan Choerry memenangi saman mereka terhadap agensi mereka BlockBerryCreative, untuk menamatkan kontrak mereka.

Sumber : 1 | 2

loading...