Lee Jong Suk bawa pulang Daesang & “Big Mouth” dipilih drama terbaik di MBC Drama Awards 2022

MBC Drama Awards 2022 telah diadakan pada 30 Disember bertempat di MBC Media Center, Seoul dan baru sahaja melabuhkan tirainya.  Kali ini, ia masih lagi dihoskan oleh Kim Sung Joo dan dibantu oleh Sooyoung Girls’ Generation. MBC Drama Awards adalah satu majlis anugerah yang dianjurkan oleh Munhwa Broadcasting Corporation untuk menghargai pencapaian cemerlang para penggiat drama serta drama Korea yang disiarkan di rangkaiannya sepanjang tahun 2022.

Selepas enam tahun, Lee Jong Suk berjaya merangkul Daesang ke-2 nya menerusi drama “Big Mouth”. Kali pertama pelakon ini menerima Daesang nya juga di MBC Drama Awards menerusi drama “W” pada 2016. “Big Mouth” merupakan projek drama pertamanya selepas tamat menjalani khidmat tentera pada 2021. Nampaknya watak Park Chang Ho berjaya menyerlahkan lagi kemahiran lakonan Lee Jong Suk sehingga melayakkannya membawa pula Daesang pada tahun ini. Antara calon-calon lain yang disebut bakal menerima Daesang adalah YoonA, So Ji Sub, Park Hae Jin dan Kim Hee Sun.

Dalam ucapan penerimaanya, Lee Jong Suk berkata, “Saya hampir mati akibat sebab saya begitu gementar sebelum pengumuman ini. Pertamanya, terima kasih banyak-banyak. Saya menerima pertama kali menerima Daesang ini enam tahun lalu ketika berusia 20-an. Saat itu saya tidak tahu erti anugerah ini. Sekarang saya berumur 30-an dan menyapa anda semua dengan projek kemunculan semula setelah sekian lama. Tatkala ini saya rasa tanggungjawabnya menjadi lebih berat dan berbeza kerana anda semua sangat menyayangi saya dan memberi saya anugerah besar.”

Dia kemudian menyatakan rasa terima kasihnya kepada kakitangan dan rakan pelakon dengan berkata, “Sudah lama saya tidak berlakon dan ia adalah cabaran buat saya kerana pertama kali melakonkan genre yang berbeza, jadi terdapat banyak perkara yang saya takuti.” Dalam pada itu, Lee Jong Suk sempat ketawa melihat kebimbangan ibunya. Lee Jong-suk berkata, “Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga saya. Sejak malam tadi, ibu menyuruh saya berlatih berucap kerana saya tidak dapat meluahkan perasaan saya dengan baik jika saya menerima anugerah. Saya pasti anda masih menontonnya. , tetapi saya rasa setakat ini semuanya ok. Sila tonton dengan yakin. Saya sangat sayangkan awak.”

Dia kemudian menyambung,” Saya berdepan dengan kebimbangan dan ketakutan selepas saya menamatkan khidmat tentera. Mujur ada seseorang yang telah membantu saya mengharungi situasi tersebut. Dia memberitahu saya agar sentiasa berfikiran positif. Saya merenung kembali masa lalu dan saya rasa saya perlu hidup dengan lebih baik. Ini membuatkan saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Terima kasih kepadanya dan saya amat menghormati dia”

Lee Jong Suk mengakhiri ucapannya dengan berkata,”Saya akan cuba menjadi pelakon yang baik dan bekerja lebih keras lagi. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Terima kasih” akhirinya.

Dalam pada itu drama “Big Mouth” lakonan Lee Jong Suk, Yoona, Kim Joo Hun, Yang Kyung Won, Kwak Dong Yeon, Ok Ja Yeon dan ramai lagi dipilih sebagai Best Drama MBC untuk tahun 2022. “Big Mouth” ialah drama noir yang mengisahkan seorang peguam kelas tiga yang akhirnya bertanggungjawab ke atas kes pembunuhan yang mengubahnya semalaman menjadi penipu genius yang dikenali sebagai “Big Mouse.” Untuk terus hidup dan melindungi keluarganya, peguam “bermulut besar” itu mesti mendedahkan konspirasi besar di kalangan kelas atasan yang mempunyai keistimewaan. Drama itu berjaya merekodkan rating tontonan diseluruh negara sebanyak 13.7% pada episode terakhirnya. Menerusi drama itu juga, Lee Jong Suk dan YoonA telah dipilih sebagai Best Couple.

Jom semak senarai penuh pemenang:

Daesang (Grand Prize): Lee Jong Suk (“Big Mouth”)

Drama of the Year: “Big Mouth”

Top Excellence Award (Miniseries): Yook Sungjae (“The Golden Spoon”), YoonA (“Big Mouth”)

Top Excellence Award (Short-Form or Daily Drama): Park Ho San (“Boar Hunt”), Lee Seung Yeon (“The Secret House”)

Best Character: Choi Won Young (“The Golden Spoon”)

Best Couple: Lee Jong Suk and Yoona (“Big Mouth”)

Lifetime Achievement Award: Hwang Geum Bong (editing director)

Excellence Award (Miniseries): Kim Young Dae (“The Forbidden Marriage”), Hyeri (“May I Help You?”), Park Ju Hyun (“The Forbidden Marriage”)

Excellence Award (Short-Form or Daily Drama): Seo Ha Joon (“The Secret House”), Sooyoung (“Fanletter, Please“)

Best Supporting Actor: Lee Chang Hoon (“Tracer”), Ye Soo Jung (“Boar Hunt”)

Best New Actor: Lee Jong Won (“The Golden Spoon”), Yeonwoo (“The Golden Spoon”), Kim Min Ju (“The Forbidden Marriage”)

Sumber : 1 |

loading...