Park Hyung Sik kembali ke drama saeguk terbaru disamping Jeon So Nee

Nampaknya Park Hyung Sik dan Jeon So Nee akan bergandingan membintangi drama terbaru berjudul “Youth, Climb the Barrier”atau dikenali juga sebagai “Youth Monthly Talk”. Drama ini membawa tema sejarah, a.k.a sageuk, tentang seorang putera raja yang terkena sumpahan misteri dan seorang wanita genius yang dituduh membunuh ahli keluarganya. Percintaan mereka berkembang melalui proses di mana lelaki menyelamatkan wanita daripada tuduhan palsunya dan wanita menyelamatkan lelaki itu daripada sumpahan.

Berita ini disahkan oleh pasukan produksi ?Youth, Climb the Barrier” dalam satu kenyataan rasmi. Mereka juga mengumumkan bahawa drama itu akan disiarkan mulai Februari 2023.

Dalam drama ini, Park Hyung Sik akan memegang watak sebagai putera mahkota Lee Hwan. Beliau terkenal sebagai putera raja yang degil, sombong, dan mudah marah. Tetapi di sebalik semua itu, Lee Hwan rupa-rupanya mempunyai sumpahan misteri yang dirahsiakan. Dia juga menjadi seorang lelaki yang kesepian yang menyembunyikan luka yang mendalam dalam fikirannya.

Pernah mempamerkan lakonan yang mantap dalam “Happiness,” “Juror 8,” “Strong Woman Do Bong Soon,” “Hwarang,” dan banyak lagi, penonton sudah menjangkakan watak Park Hyung Sik sebagai Lee Hwan.

Sementara itu, Jeon So Nee melakonkan watak bernama Min Jae Yi. Dia seorang wanita pintar dari keluarga bangsawan yang disegani. Kehidupan Jae Yi yang penuh dengan keamanan dan kemakmuran tiba-tiba berubah apabila semua ahli keluarganya tiba-tiba mati kerana dibunuh. Jae Yi tidak dapat lari dari dituduh sebagai pembunuh sehingga menjadi buruan orang ramai.

Jeon So Nee sebelum ini berjaya memikat hati penonton dalam “Encounter,” “Scripting Your Destiny,” “When My Love Blooms,” dan banyak lagi, sekaligus membuatkan penonton tertanya-tanya tentang wataknya sebagao Min Jae Yi yang tabah dalam menyelesaikan masalahnya sendiri.

“Youth, Climb the Barrier” diarahkan oleh Lee Jong Jae dengan skripnya dihasilkan oleh oleh Jung Hyun Jung. Jong-jae sebelum ini terkenal dengan drama “Duel”, “100 Days My Prince”, dan “Psychopath Diary”.

Pasukan produksi berkongsi, “Energy dan chemistry Park Hyung Sik dan Jeon So Nee akan memancarkan pesona setiap watak dan hubungan yang terjalin di antara mereka. Jadi, tolong tunjukkan sokongan dan minat tentang kisah dua pemuda yang cuba mengatasi masalah mereka dengan cara tersendiri walaupun tidak mengikut takdir yang telah ditetapkan untuk mereka.”

“Youth, Climb the Barrier” dijadualkan ditayangkan pada 6 Februari 2023.

Sumber : 1

loading...