Kim Min Kyu akan mulakan khidmat tentera wajibnya dalam masa terdekat

Bintang “A Business Proposal” Kim Min Kyu telah mengumumkan rancangannya untuk menyertai tentera.

Pada 25 November, agensi Kim Min Kyu, Happy Tribe Entertainment mengesahkan bahawa pelakon itu merancang untuk mendaftar sebelum tayangan perdana dramanay akan datang “Holy Idol” (terjemahan literal).

“Tarikh pendaftarannya masih belum ditetapkan,” jelas agensi itu. “Tetapi kerana sudah tiba masanya untuk dia mendaftar, dia akan melakukan rakaman awal sidang akhbarnya [untuk drama itu].”

Perancangan itu juga telah dipersetujui oleh penerbit “Holy Idol” melalui pengumuman yang dibuat sebelum ini. Pasukan produksi memastikan bahawa sidang akhbar akan direkodkan lebih awal untuk sepadan dengan rancangan pendaftaran Min kyu untuk tunaikan khidmat tenteranya.

Rancangan ketenteraan itu selaras dengan Kim Min Kyu yang akan berusia 28 tahun pada 25 Disember ini. Umur ini dikenali sebagai had maksimum bagi lelaki warga Korea Selatan untuk memenuhi perkhidmatan tentera mereka.  Oleh itu, walaupun dia belum menerima draf notisnya, dia sudah bersedia untuk pendaftarannya yang akan datang.

Sementara itu, drama terbaru yang membawa genre percintaan fantasi lakonan Kim Min Kyu “Holy Idol” dijadualkan untuk ditayangkan pada separuh pertama tahun 2023.

Sumber : 1

loading...