Shin Hye Sun, Ahn Bo Hyun, Ha Yun Kyung, dan Ahn Dong Gu setuju bintangi drama fantasi romantik terbaru tvN

Shin Hye Sun, Ahn Bo Hyun, Ha Yun Kyung, dan Ahn Dong Gu akan membintangi drama romantik fantasi baharu tvN “See You in My 19th Life”.

Dicipta oleh Lee Hey, “See You in My 19th Life” ialah sebuah webtoon Naver yang popular tentang seorang wanita yang boleh mengingati semua kehidupan lampaunya. Dalam perbincangan terdahulu, Shin Hye Sun, Ahn Bo Hyun, dan Ha Yun Kyung telah disahkan membintangi drama itu bersama-sama dengan Ahn Dong Gu.

Shin Hye Sun akan memainkan watak Ban Ji Eum yang mengingati semua kehidupan lampaunya. Mengulangi penjelmaan semulanya selama hampir seribu tahun, Ban Ji Eun telah menjalani hidupnya dengan tekun. Dalam kehidupannya yang ke-19, Ban Ji Eum memutuskan untuk mencari seorang lelaki bernama Moon Seo Ha yang ditemuinya semasa hidupnya yang ke-18.

Shin Hye Sun mempamerkan kemahiran lakonan yang mantap dan spektrum lakonan yang luas menerusi drama “Mr Queen”, “30 But 17”, “My Golden Life” dan “Stranger”. Kembalinya Shin Hye Sun ke skrin kecil selepas dua tahun dengan “See You in My 19th Life”, ia sekaligus meningkatkan jangkaan ramai untuk transformasi baharunya.

Ahn Bo Hyun akan memainkan watak Moon Seo Ha. Seorang lelaki yang ditakdirkan berjumpa Ban Ji Eum ketika kehidupan dihayat ke-18. Moon Seo Ha hidup dengan trauma apabila kehilangan orang tersayang semasa kecil. Cinta pertamanya yang membantu Moon Seo Ha mengharungi trauma itu ialah Yoon Joo Won iaitu Ban Ji Eum pada hayat ke-18 nya. Selepas kematian Yoon Joo Won, Moon Seo Ha menjalani kehidupan bersendirian. Namun, seorang wanita aneh bernama Ban Ji Eum muncul di hadapannya, dan hidupnya berubah secara drastik.

Ahn Bo Hyun telah menunjukkan pelbagai daya tarikannya melalui drama seperti siri “Yumi’s Cells”, “Military Prosecutor Doberman”, “My Name”, “Kairos” dan “Itaewon Class”. Beberapa drama lakonan Ahn Bo Hyun mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon terkemuka.

Ha Yun Kyung akan memainkan watak Yoon Cho Won. Seorang arkitek landskap dan adik kepada Yoon Joo Won. Selepas kematian kakaknya, hidupnya telah runtuh. Tetapi dia berjuang untuk mengekalkan kebahagiaannya. Apabila Yoon Cho Won melihat kakaknya dalam Ban Ji Eum yang dia temui secara kebetulan, dia tertanya-tanya tentang identiti Ban Ji Eum. Ha Yun Kyung meninggalkan kesan yang kuat kepada penonton sebagai Choi Su Yeon dalam drama “Extraordinary Attorney Woo” sebelum ini. Ha Yun Kyung membayangkan perubahannya menjadi Yoon Cho Won, yang berani dan baik walaupun selepas berdepan dengan kematian kakak tersayangnya.

Ahn Dong Gu akan memainkan watak Ha Do Yoon. Setiausaha Moon Seo Ha dan kawan sepermainan di zaman kanak-kanak. Ha Do Yoon bertemu Moon Seo Ha yang cerewet sepertinya di sekolah dan kemudian keduanya berkawan baik. Walaupun mereka datang dari latar belakang yang sangat berbeza, Ha Do Yoon merasakan hubungannya akrab dengan Moon Seon Ha. Pada suatu hari, dia menerima tawaran yang tidak dijangka daripada bapa Moon Seo Ha.

Ahn Dong Gu menyapa penonton melalui beberapa peranan dalam pelbagai projek daripada seorang askar yang berintegriti dalam “Sweet Home” kepada seorang barista yang berhati dingin dalam “The Law Cafe.” Jangkaan yang tinggi untuk transformasi Ahn Dong Gu kali ini kerana dia menggambarkan watak baharu seumur hidup menerusi “See You in My 19th Life.”

Pasukan produksi menyatakan bahawa mereka sangat teruja dan gembira atas kerjasama antara Shin Hye Sun, Ahn Bo Hyun, Ha Yun Kyung, dan Ahn Dong Gu, yang mempunyai kemahiran lakonan yang mantap dan daya tarikan yang unik.

“See You in My 19th Life” akan mula disiarkan pada separuh pertama 2023.

Sumber : 1 | 2 |

loading...