Pelakon kacak dan tinggi lampai, Lee Ki Woo umum akan berkahwin dengan kekasih hatinya dalam masa terdekat.
Pada 23 Ogos, agensi Lee Ki Woo mengumumkan perkahwinannya kepada media. “Pelakon kami akan berkahwin dengan kekasih bukan selebriti di Pulau Jeju pada September depan,” kata agensi itu.
Tambahan pula, agensi itu tidak mendedahkan butiran perkahwinan Lee Ki Woo. Mereka hanya memberitahu majlis perkahwinan itu akan diadakan secara tertutup dengan hanya kehadiran ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan.
Menerusi akaun Instagram peribadinya, Lee Ki Woo memuat naik sepucuk surat tulisan tangan berserta gambarnya bersama teman wanitanya sekaligus mengumumkan berita gembira itu. Pelakon itu menulis mesej yang menyentuh hati kepada peminat sambil menyampaikan perasaan sayangnya kepada bakal isteri.
Berikut adalah isi kandungan surat Lee Ki Woo buat peminatnya
Hello, saya Lee Ki Woo. Ini kali pertama saya bertanya khabar melalui surat yang ditulis tangan, agak janggal tetapi menyeronokkan. Namun, saya ingin bercerita dengan ikhlas hari ini
Beberapa tahun yang lalu, saya bertemu dengan seseorang yang bijak dan boleh berjalan seiring dengan saya.
Dia seorang yang tidak kedekut berkongsi dan tahu kebaikan memberi. Ketika berhadapan dengan yang lemah, dia dengan mesra menghulurkan tangannya tanpa segan silu. Dia adalah seorang yang gigih untuk cuba menjalani kehidupan yang bersedehana.
Kami menghormati antara satu sama lain dan berjalan bersama mencari perkara untuk dipelajari antara satu sama lain. Saya pasti, saya mahu bersamanya sepanjang hayat saya. Ini memberikan saya matlamat yang lebih besar dalam hidup untuk membina keluarga dengannya.
Kami memohon dorongan dan sokongan anda agar kami dapat membentuk keluarga bahagia yang dapat menyumbang walaupun sedikit kepada dunia.
Seperti biasa, saya mengucapkan terima kasih atas minat dan sokongan anda, dan saya akan berusaha untuk memperbaiki diri saya sebagai balasan
Lee Ki Woo memulakan kerjaya menerusi filem “Classic” pada tahun 2003 dan membintangi pelbagai projek drama termasuk “Just Between Lovers” dan “Woman of Dignity.”. Baru-baru ini, dia mendapat perhatian peminat dengan wataknya sebagai Jo Tae Hoon dalam drama JTBC “My Liberation Notes”.
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan bakal pengantin ini.
Sumber : sportsdonga