Lee Jung Jae Menang Best Actor di Hollywood Critics Association TV Awards 2022 menerusi “Squid Game”

Populariti drama “Squid Game” masih dapat dirasai oleh mereka yang terlibat dalam penghasilan siri TV Netflix itu. Beberapa lagi anugerah penghargaan masih lagi diterima oleh mereka.

Terbaru, Lee Jung Jae sekali lagi membawa pulang trofi Pelakon Terbaik dalam Siri Penstriman di Hollywood Critics Association (HCA) TV Awards 2022. Lee Jung Jae berjaya menewaskan beberapa pelakon terkenal yang tercalon dalam kategori yang sama. Antaranya Tom Hiddleston (“Loki”), Gary Oldman (“Slow Horses”), Adam Scott (“Severance”), Henry Cavill (“The Witcher”), Jason Bateman (“Ozark”), Penn Badgley (“You”), dan Tom Ellis (“Lucifer”).

Mengenai kemenangannya, Lee Jung Jae turut melahirkan rasa terima kasih dan meminta peminat untuk terus menyokong “Squid Game 2” yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Lee Jung Jae berkata, “Terima kasih banyak untuk hadiah yang begitu besar. ‘Squid Game’ ialah projek [yang membawa saya] tuah yang besar. Saya sangat berterima kasih kepada penonton di seluruh dunia kerana menyayangi, menyokong dan menikmati [persembahan] saya. Saya secara peribadi sangat gembira dengan perubahan dalam kerjaya saya selepas ‘Squid Game’ disiarkan. Pada masa akan datang, saya berharap dapat menjalankan lebih banyak projek yang menarik dan bermakna. Musim kedua ‘Squid Game’ akan bersiaran tidak lama lagi. Jadi saya harap anda semua teruskan menyokong saya,.”

Lee Jung Jae melakonkan watak Sung Ki Hoon, watak utama dalam “Squid Game”. Dia telah memenangi beberapa anugerah selepas membintangi drama popular tersebut.

Lee Jung Jae melakonkan watak Sung Ki Hoon, watak utama dalam “Squid Game”, dan dia telah mencipta  populariti global dengan menunjukkan kemahiran lakonan yang hebat. Dia menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di 28th Screen Actors Guild (SAG) Awards, Critics’ Choice Awards, Independent Spirit Awards, dan Critics’ Choice Super Awards. Dia juga dicalonkan untuk Pelakon Utama dalam Siri Drama di Anugerah Emmy, yang dikenali sebagai salah satu majlis anugerah paling berprestij.

Kini, Lee Jung Jae mengorak langkah besar ke hadapan dalam kerjayanya bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga sebagai pengarah. Filem sulung arahan Lee Jung Jae “Hunt,” yang dikeluarkan pada 10 Ogos, menyapu bersih box office, melepasi 2 juta penonton filem setakat 16 Ogos pukul 11:43 pagi KST.

Tahniah diucapkan kepada Lee Jung Jae!

Sumber : spotvnews

loading...