The Boyz, ATEEZ, Stray Kids, iKON, BTOB dan SF9 akan beraksi dipentas rancangan Mnet “Kingdom”

Nampaknya produksi Mnet ‘Kingdom’ dilaporkan telah mengesahkan finalis peserta untuk beraksi dalam program terbaru tersebut.

Tidak seperti “Queendom”, rancangan realiti tv ini dibahagikan kepada dua siri iaitu “Road To Kingdom”, di mana The Boyz telah diangkat sebagai juaranya dan “Kingdom” di mana The Boyz pula perlu mempertahankan gelaran juaranya dalam kalangan kumpulan kpop lain yang popular dan akan disenaraikan tak lama lagi.

Menurut laporan tersebut, musim baru ‘Kingdom’ menampilkan enam kumpulan Kpop lelaki iaitu BTOB, iKON, SF9, The Boyz, Stray Kids, dan ATEEZ. Terdahulu, MONSTA X telah menolak tawaran untuk beraksi dalam program tersebut. Manakala iKON and SF9 tidak mengesahkan penyertaan mereka sebelum ini, sehingga media melaporkan mereka mengambil keputusan untuk turut serta dalam ‘Kingdom’.

‘Kingdom’ dijangka dapat menarik perhatian ramai peminat Kpop khususnya kerana persaingan sengit boleh dilihat daripada penyertaan yang boleh dikatakan hebat-hebat belaka dan masing-masing punya keistimewaan yang tersendiri.

TVXQ yang dianggotai oleh Yunho dan Changmin akan bertindak sebagai pengacara rancangan itu dan ‘Kingdom’ dijangka akan mula bersiaran pada April depan. Mampukah The Boyz mempertahankan kejuaraan mereka di ‘Road to Kingdom’ untuk ‘Kingdom’?

Sumber : OSEN | Chosun

loading...