“Aku elok jek makan, jangan risau ya” – Ini respon Yuna ITZY selepas didakwa terlampau mengurus sehingga menampakkan selaput tulang rusuknya

Yuna ITZY memberikan responnya mengenai dakwaan dia mengurus secara berlebihan sehingga menampakkan selaput tulang rusuk ketika beraksi di atas pentas menyanyikan lagu ‘Twenty’ beberapa minggu lalu.

Komen netizen sepintas yang lalu mengkritik cara pemakanan Yuna ITZY yang dilihat telah menjejaskan kesihatan tubuh badannya. “Aku minta maaf sangat-sangat, rasanya aku tengah menyaksikan rangka manusia menari,” kata netizen itu.

Komen Yuna sepintas lalu.

Justeru, Yuna kemudian mengulas mengenainya di aplikasi Bubble bagi meredakan kebimbangan peminat. “Aku elok jek makan, jangan risau ya,” jelasnya. Yuna turut mendedahkan bahawa dia memang makan nasi dan juga menjamah pencuci mulut seperti kebanyakan orang.

Perkongsian Yuna mengenai jenis makanan dan pencuci mulut yang pernah dicuba olehnya.

Sebilangan netizen tumpang simpati dengan kritikan dibuat ke atas Yuna tersebut. “Dia dahulunya memang seorang atlet sebelum ‘debut’ jadi artis kpop, dan disebabkan itu juga, kadar metabolisme badannya agak tinggi. Dia menari dan makan pun sama banyak,” kata netizen lain pula.

Sumber: nate

loading...