Kisah selebriti Korea yang meringkuk dalam penjara tapi akhirnya didapati tak bersalah, angkara perempuan durjana

Tidak semua yang diceritakan oleh ‘mangsa’ itu boleh dipercayai, tetapi begitulah apa yang berlaku kepada seorang selebriti Korea ini yang terpaksa meringkuk di dalam penjara gara-gara pengakuan palsu yang dibuat sehingga akhirnya merosakkan kerjayanya selaku anak seni.

Kang Eun il, pelakon teater muzikal ini membuat sesi luahan tersebut di dalam temuduga bersama MBN ‘Story Tracking M’ pada 29 April 2022.

Mengimbau kembali saat Kang Eun il didakwa atas kesalahan seksual pada tahun 2019, pelakon yang lahir pada tahun 1995 dan mula menceburi teater muzikal ’13’ pada tahun 2012 itu, menjadi rebutan pihak produksi sehingga digelar ‘Raksasa Baru (Monster Rookie)’ kerana kehebatan lakonannya di atas pentas. Sehinggalah pada suatu hari apabila seorang perempuan A yang mengaku sebagai bekas rakan sekolahnya, mendakwa dirinya telah dicabuli oleh Kang Eun il.

Ketika di hari kejadian, A mengadu kepada pihak polis bahawa beberapa orang yang menghadiri parti arak di Sundaegukjip, telah mengekorinya ke tandas lantas mengucup dan menyentuh bahagian penting tubuhnya. A mendakwa Kang Eun il yang baru keluar daripada tandas, segera mengucupi A di depan singki. A kemudiannya berkata, “Okay tak? Aku dah rakamkan kesemuanya. Kau lelaki, aku ini perempuan, kita tengok siapa yang akan terciduk di balai polis nanti.”

Akibatnya, selepas laporan polis dibuat, Kang Eun il dihadapkan untuk dibicarakan dan didapati bersalah oleh mahkamah rendah. Defendan dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan dan diarahkan menjalani rawatan terapi seks selama 40 jam. Setakat ini, Kang Eun il telah menjalani hukuman penjara selama 5 bulan.

Sewaktu Kang Eun il di penjara, peguamnya telah memperolehi bukti CCTV yang memaparkan situasi di tempat kejadian. Video CCTV menunjukkan kelibat dua orang lelaki bercanggah dengan pengakuan dibuat oleh A, sebaliknya selari dengan apa yang dikatakan oleh Kang Eun il kepada pihak polis sebelum ini. “Masalahnya sekarang pengakuan ‘mangsa’ tidak konsisten, berkemungkinan palsu,” kata pakar forensik yang dijadikan sebagai sandaran buat Kang Eun il untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan Seoul pula.

Akhirnya, mahkamah memutuskan bahawa Kang Eun il tidak bersalah dan membebaskannya serta-merta.

Kini, Kang Eun il mengenang kembali saat dirinya dimalukan, dan terpaksa meringkuk di dalam penjara angkara perempuan durjana tersebut. “Aku malu nak jumpa orang sejak insiden itu, dan akhirnya terpaksa pergi ke hospital hari-hari untuk mengambil ubat,” katanya yang kini mengalami kemurungan. Walaupun hatinya begitu sakit, namun Kang Eun il lega apabila didapati tidak bersalah.

Kang Eun il bertekad untuk menyaman perempuan durjana itu di atas kesalahan perjuri dan kos ganti rugi sepanjang 5 bulan dirinya meringkuk di dalam penjara.

Sumber: daum, sport khan

loading...