Ibu Wonwoo Seventeen dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi 6 April 2022.
Menurut jurucakap agensinya Pledis Ent., ibunya meninggal dunia kerana menderita daripada penyakit kronik yang dialaminya.
“Wonwoo berada di majlis pengkebumian bersama keluarga dan rakan terdekat. Kami meminta pertimbangan anda supaya Wonwoo dapat berkabung bersama keluarganya,” kata jurucakap agensinya.
Wonwoo jarang membicarakan tentang peribadi keluarganya di hadapan peminat walaupun diketahui mereka agak rapat sehingga dikenali oleh rakan SEVENTEEN lain. Dia juga mempunyai adik lelaki bernama Jeon Bohyuk.
Menurut rakannya, Joshua Seventeen, keluarga Wonwoo akan selalu menjaga dia, disebabkan itu kedua-dua ibu mereka sangat rapat. “Ibu bapa kitaorang agak rapat. Mak aku dan mak Wonwoo sangat rapat kerana mak aku tiada di sini kerana berada di Amerika,” katanya yang seperti yang dipetik.
Sumber: N/A