Inilah sebab kenapa Suho EXO sudah mula pinggirkan Kyung Soo, kini mahu jadikan Sehun pula sebagai kekasihnya yang baru

Suho EXO atau nama sebenarnya, Kim Junmyeon mendedahkan butiran lanjut tentang keakraban hubungannya dengan ahli EXO termuda, Sehun di dalam .MBC FM4U Jeonghee kelolaan DJ Kim Shin Young pada 5 April 2022 hari ini sempena mempromosikan album solo keduanya, ‘Grey Suit’.

DJ Kim Shin Young bertanya siapakah di antara ahli-ahli EXO yang akan diambil untuk jadi ‘teman lelaki’ jika Suho dilahirkan sebagai wanita. Suho terus menjawab, “Sehun.”

“Sebab dia ni macam ‘tsundre’. Tak tunjuk yang dia hirau kat kita, tapi kat belakang ambil berat betul tentang hal kita,” jelas Suho.

“Bukan ker Kyung Soo, camne boleh bertukar?,” tanya DJ itu.

“Itu sudah 10 tahun lalu. Kini Sehun pula,” jawab Suho secara berseloroh.

“Jadi, Kyung Soo legalah lepas dengar semua ini?

“Kyung Soo dah tak kisah pun,” sambungnya lagi.

Sejak habis menunaikan khidmat ketenteraan, Suho sudah mula berjinak-jinak sebagai tukang masak tak bertauliah buat rakan-rakan EXO lain.

“Aku masakkan untuk mereka. Sudahlah kena buat senarai semak macam tukang masak hotel. Xiumin nak telur hancur, Sehun nak telur separuh masak manakala Kyung Soo pula nak telur rebus. Diorang ni kan betul-betul memilih,” keluh Sehun lagi lantas membuatkan mereka tergelak sama.

Sementara itu, album mini ‘Grey Suit’ yang mengandungi enam buah lagu ini telah pun berada di pasaran sejak 4 April 2022 semalam.

Sumber: mk star

loading...