Stray Kids ungguli jualan album terlaris minggu ini hingga cecah 830,000 unit, menurut Hanteo & Gaon

Stray Kids mencipta sejarah di dalam karier nyanyian mereka, apabila sekali lagi meraih jualan album terlaris di Korea di dalam seminggu kali ini dengan pungutan jualan album yang jauh lebih besar.

Stray Kids berjaya melakukannya dengan keluaran album single istimewa, ‘ODDINARY’’ yakni berjaya meraih jualan sebanyak 583,899 unit di dalam tempoh seminggu sekaligus merangkul no.1 serta mengatasi (G)I-dle (I Never Die), Kihyun Monsta X (Voyager), Moobin & Sanha ASTRO (Refuge) dan Wei (Love Pt.1 : First Love) yang masing-masing berada di kedudukan no.2, 3, 4 dan 5 di dalam carta album Gaon minggu ini.

Bukan itu saja setakat 23 Mac 2022 ini, apabila Hanteo melaporkan peningkatan ketara untuk jualan album ‘ODDINARY’ yang kini menjadikan jualan album terkumpul yang diraih adalah sebanyak 831,616 unit. Pencapaian ini serta-merta meletakkan Stray Kids di hadapan ENHYPEN, ATEEZ dan TXT untuk pemperolehan jualan terbanyak untuk satu album di dalam tempoh tersingkat.

Dengan kedudukan no.1 di dalam carta mingguan Gaon sekali lagi, Stray Kids menambah bilangan no.1 diperolehinya itu kepada tujuh menjadikan mereka antara kumpulan kpop generasi keempat yang terbanyak memperoleh kedudukan no.1 di Gaon.

‘ODDINARY’ ialah gabungan ‘Odd’ dengan ‘Ordinary’ yang membawa maksud orang yang normal kebanyakannya mempunyai sisi yang aneh. ‘ODDINARY’ menampilkan lagu Maniac sebagai single utama. Turut dilaporkan sebelum ini bahawa pembelian awal album ini telah melebihi 1.3 juta unit, sekaligus membuktikan pengaruh besar Stray Kids di Korea dan juga serata dunia.

Sumber: Hanteo1, Hanteo2, Gaon

loading...