Gelagat Ahn Hyo Seop, Kim Se Jeong, Seol In Ah & Kim Min Kyu Buat Ramai Terhibur!; Rating drama SBS Business Proposal sudah cecah 10%

Drama SBS Business Proposal semakin diminati apabila lebih ramai rakyat Korea menonton drama tersebut.

Episod keenam telah merekodkan rating sebanyak 10.1% di Seoul dan 10.5% secara keseluruhannya menurut AGB Nielsen, sekaligus mencecah angka dua digit dan menjadi drama komedi romantik pertama berjaya berbuat demikian sejak tvN Hometown Cha-Cha-Cha pada tahun 2021 sebelumnya.

BeautifulRingedAfricangoldencat

UniqueBareDevilfish

Dalam episod keenam ini, Kang Tae Moo (lakonan Ahn Hyo Seop) memutuskan untuk menjalinkan hubungan secara serius dengan Shin Hari (lakonan Kim Se Jeong), gadis yang membuatkan hatinya berbunga. Berbagai-bagai cara dilakukan termasuklah membawa Shin Hari pergi keluar ‘dating’ atas nama kerja. Bagaimanapun daripada pihak Shin Hari sendiri, Shin Hari masih menganggap Kang Tae Moo sebagai bos besar yang disangkanya akan memecatnya bila-bila masa jika perlu. Dalam masa yang sama, Shin Hari tidak sedar bahawa Kang Tae Moo sudah menaruh hati kepadanya sejak kali pertama mereka dipertemukan kerana Shin Hari menggantikan tempat seseorang untuk janji temu bersama Kang Tae Moo.

InsecurePoorAustralianshelduck

ShadowySparklingAmazonparrot

Sementara itu, gelagat Jin Young Seo (lakonan Seol In Ah) untuk cuba mengelakkan diri daripada Cha Sung Hoon (lakonan Kim Min Kyu) telah membuatkan penonton terhibur, antaranya adegan Jin Young Seo cuba menahan berak daripada diketahui oleh Cha Sung Hoon. Kendatipun begitu, Jin Young Seo akhirnya berjaya mendapat jaminan bahawa Cha Sung Hoon juga sudah jatuh cinta padanya.

SBS Business Proposal boleh ditonton di Netflix setiap hari Isnin dan Selasa jam 10.00 malam.

Sumber: mk star

loading...